Saya agak confuse bilamana UMNO Bahagian Pendang menjemput Ketua Pemuda Malaysia merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian pada 10hb,Julai 2010 lalu.
Saya bersetuju dengan Ketua Bahagian bahawa golongan muda adalah penggundi utama dalam Pru13 nanti. Persoalan saya adakah atas alasan ini yang mewajarkan jemputan itu dibuat ? Betulkah dengan menjemput KPM, sokongan pemuda atas pagar terutamanya akan beralih kepada UMNO?
Namun saya masih tidak nampak kewajarannya akan kemampuan tokoh pemuda ini dapat mengembalikan sokongan golongan muda kepada UMNO/BN di Pendang. Walau bagaimana pun, saya tidak mempertikaikan kemampuan tokoh pemuda ini memberi ucapan dan melalikan perwakilan. Tapi kita kena bezakan realiti dan fantasi. Tujuan utama kita ialah untuk menarik sokongan golongan muda yang belum menjadi ahli pemuda UMNO dan bukannya yang dah ahli Pemuda UMNO.
Kalau kita masih ingat dalam Pru12 dahulu, tokoh ini jugalah yang mengetuai Pemuda UMNO Malaysia.Tapi kenapa UMNO kalah teruk. Kedah pun turut jatuh ke tangan pembangkang? Setelah anilisa dibuat, jelas golongan muda tidak memberi undi kepada calon2 UMNO/BN. Kenapa?. Sedangkan ketika itu, beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang popular dan disanjung oleh ramai ketua pemuda bahagian seluruh Malaysia.
Jawapannya mudah, tokoh yang dibawa ke Pendang itu sebenarnya tidak mampu menarik sokongan orang muda kepada UMNO, jauh lagi untuk membawa mereka menyertai UMNO.
Saya amat bersetuju dengan hujahan KPM, berkenaan kehebatan golongan muda kini untuk mendapatkan maklumat sudah tidak terbatas dan melalui pelbagai kaedah. Antara kaedah yang popular ialah melalui sms, twitter dan blog. Sedangkan golongan lama UMNO memperolehi maklumat hanya melalui Utusan Malaysia sahaja. Dan boleh dipertikaikan kebenarannya.
Tapi malang, sekiranya kita membuka blog-blog yang ditulis oleh blogger yg menyokong UMNO, hampir 90% menidakkan kebolehan dan kemampuan tokoh ini membantu menambah sokongan golongan muda kepada UMNO. Kebanyakkan blogger masih mempertikaikan peranan lampau beliau.. Mereka masih menggaitkan beliau dengan pengaruh tingkat 4 dalam mencaturkan pentadbiran negara semasa PM ke 5 dulu, sehingga menjatuhkan banyak negeri ketangan pembangkang, menggaitkannya dengan isu rasuah semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO, bagaimana pula peranan PM dahulu menyelamatkan beliau bagi membolehkannya untuk terus beretanding, walaupun didapati rasuah, isu ECM-Libra, pertalian beliau dengan Kalimullah, penjualan saham Proton dengan nilai yang tidak munasabah, mengkayakan kroni, dan sebagainya.
Semua maklumat diatas dengan mudah dapat diakses malalui internet. Malah ramai penulis menulis pelbagai kisah negatif tentang kehidupan lampau beliau. Jadi bagaimana kita nak mempertahan tokoh ini sebagai contoh kepada golongan muda hari ini?
Oleh itu kenapa Pendang beria2 sangat dengan KPM ini? Ada udang di sebalik mee? Atau sesuai dengan pantun Melayu yang berbunyi "Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti, hutang emas bolehku bayar, hutang budi macamana nak janji"
Bagi saya, kalau kita benar2 mengharapkan sokongan golongan muda kembali kepada UMNO, carilah tokoh yang benar2 diterima oleh pemuda dan juga golongan muda atas pagar. Jangan membuat sesuatu yang boleh menambah beban kepada ahli UMNO akar umbi. Kasihanilah mereka, kerana mereka pejuang sebanar UMNO, merekalah sebenarnya pendokong UMNO. Tapi mereka terpaksa menunggu lebih lama proses pemulihan UMNO.
Tempoh untuk mengemaskini UMNO semakin terhad. Dalam keadaan sekarang kita perlu buang jauh2 perasaan terhutang budi, mengenang jasa atau sebagainya. Buanglah kepentingan diri, tanamkan jati diri kepada golongan muda barulah UMNO kekal lama.
BN MENANG KEDAH SENANG.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan