Isnin, 19 Julai 2010

Konvensyen UMNO Pendang

Hasrat Dato Ketua Bahagian mengadakan konvensyen UMNO Pendang dalam masa terdekat adalah satu langkah yang sangat dialu-alukan dan tepat. Tindakan seperti ini dilihat mampu menjernihkan semula suasana politik Pendang. InsyaAllah.

Mengikut kenyataan Dato semasa ucapan aluan Mesyuarat Perwakilan Bahagian, ahli2 UMNO yang hadir pada konvensyen itu bebas menyuarakan apa sahaja yang terbuku dihati mereka terhadap kepimpinan UMNO Bahagian. Memetik kata2 Dato "hentam dan marah lah sekiranya ada yang tak kena"

Bagi saya, demi kebaikan UMNO, elok disegerakan janji yang telah dibuat. Jangan biarkan ahli menunggu terlalu lama setiap kali kita berjanji. Dan musuh pun suka mempolitikkan isu sebegini.

Tetapi persoalannya bersediakah kepimpinan UMNO Bahagian menerima kritikan pedas yang bakal diterima nanti ? Kalau belum bersedia, elok diselesaikan dahulu masalah yang lebih asas, iaitu perpaduan dikalangan AJK Bahagian. Kenal pasti punca kenapa ada dikalangan AJK Bahagian yang enggan hadir ke mesyuarat yang diadakan.Malah menganggap remeh soal kehadiran mesyuarat. Sedangkan mereka dipilih oleh perwakilan untuk hadir dan menyuarakan kehendak dan permasalahan ahli UMNO di cawangan. Rungkaikan masalah ini sebaik2nya dan cari jawapan selogik2nya.

Ahli2 UMNO tentu faham, sekiranya ramai AJK UMNO Bahagian tidak hadir pada setiap kali mesyuarat diadakan, menandakan apa?

Sekiranya kesepakatan dikalangan AJK Bahagian boleh dicapai, maka ia membuktikan UMNO Bahagian tidak bermasalah. So, mudahlah bagi kita berhadapan dengan ahli UMNO dibawah.


Namun saya bimbang, sekiranya cadangan ini tinggal cadangan . Mungkin cadangan ini timbul secara spontan bagi mengelakkan perwakilan membuat kacau sebelum persidangan berlansung. Oleh itu bila persidangan sudah selesai dengan selamat maka cadangan ini sudah tidak releven lagi.

Jadi. ahli2 UMNO hendaklah sentiasa 'alert' kepada janji2 yang dibuat, suarakan dengan jelas dan tegas supaya hasrat murni Dato Ketua menjadi kenyataan. Usah berjanji sekiranya tidak mahu ditunaikan.

BN MENANG, KEDAH SENANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan