Isnin, 12 Julai 2010

Tahniah Pemenang G7 Bahagian Pendang

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada semua pemenang G7 Bahagian Pendang. Antara mereka
  1. Dato Osman Abdul 410 undi
  2. En Basiron Said 361 undi
  3. En Abdullah Bahari 307 undi
  4. En Zali Abu Bakar 261 undi
  5. Ustaz Kamal Saidin 220 undi
  6. Penghulu Malik 215 undi
  7. En Razak Baharom 208 undi
Saya rasa kemenangan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Perwakilan sudah membuat pemilihan mereka. Sudah tentu pelbagai aspek sudah dinilai dan diperhatikan oleh perwakilan sebelum mereka memuktamadkan pemilihan.
Kepada yang tidak berjaya usah kecewa, ini pertandingan dalam keluarga. Ada peperangan yang lebih besar menanti kita. Pilihanraya.

Kepada sdr Penghulu Malik dan sdr Basiron Said, tahniah kerana sumbangan besar anda dinilai oleh Dato Ketua Bahagian. Bagi saya tindakan Dato Ketua melambung dan menyanjung sdr2 pada hari pertandingan adalah penghargaan besar buat orang yang tahu menilai kerja2 kita. Kebijaksanaan tuan2 mengatur ceramah juara rakyat dan menjayakan mesyuarat agung hari itu, mendapat penilaian yang tinggi. Tahniah sekali lagi kerana berjaya mendapat kepercayaan dan penghargaan yang tinggi daripada Dato Ketua Bahagian.

Selebihnya saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Osman Abdul kerana kelibatnya masih dihormati dan dirasai oleh UMNO Pendang. Kepada Dato Osman saya mohon maaf banyak2 kerana masih belum berkesempatan berjumpa beliau, walaupun sudah dua kali pelawaan dibuat melalui sdr Zali Abu Bakar. Dan yang terbaru pelawaan berjumpa di Guar Cempedak empat hari sebelum pertandingan G7.
Kepada Dato Osman, saya ingin berjanji, sekiranya ada pelawaan untuk berjumpa lagi di lain kali, InsyaAllah saya akan melapangkan masa dan tidak akan melepaskan peluang kali ini.

Kepada rakan2 yang lain sdr Abdullah Bahari, sdr Zali Abu Bakar, Ustaz Kamal Saidin dan sdr Razak Baharom juga kita ucapkan tahniah, kerana berjaya dalam pertandingan ini. Usaha keras dan lobi kuat anda telah berjaya menyakinkan perwakilan. Bukti kesungguhan sdr2 untuk menyumbang kepada ahli UMNO dan orang Melayu Pendang sangat2 dihargai. Jayakan misi anda selepas pulang dari perhimpunan nanti. Tentu ahli2 UMNO ingin melihat kemampuan tuan2 bekerja demi parti, bangsa dan agama kita.

BN MENANG KEDAH SENANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan