Selasa, 21 April 2009

Iktibar Dari Membaca

Bila kita membaca terutama untuk peperiksaan kita mudah lupa. Sebaliknya, bahan-bahan berbentuk hiburan akan kita ingati lama. Membaca untuk peperiksaan lazimnya dalam keadaan tertekan, manakala membaca bahan hiburan selalunya dalam situasi santai.
Dalam senario politik hari ini juga saya 'rasa' begitu. Orang politik tampil & mendekati rakyat hanya ketika musim pilihanraya (umum @ kecil). Akibatnya, rakyat tidak ingat & keputusan-keputusan pilihanraya kecil mutakhir menunjukkan trend sedemikian.
Mengambil iktibar dari kaedah membaca di atas, saya berharap rakan-rakan di bahagian Pendang dapat mendekati semua golongan rakyat mulai sekarang secara 'santai'. Rakyat akan ingat lama. InsyaAllah sehingga 2010. Jangan hanya tunggu musim pilihanraya. Jadilah seperti pihak media yang sentiasa menghidu masalah rakyat. Selamat berjuang & kurangkan 'politik berkepentingan'. Anda tentu boleh melakukannya jika anda benar-benar ikhlas.
-Suami Menantu Wan Hijau-
Catatan:
Saya bukan mengajar anda kerana siapalah saya untuk mengajar orang-orang politik. Namun, itulah pandangan saya yang mengambil kira kaedah membaca - perintah Allah yang pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan