Khamis, 16 April 2009

Salam Di Hulur

Saya diminta oleh penulis blog ini agar turut menyumbang bahan penulisan di blog ini iaitu sebagai 'blogger tamu'. Saya tidak pasti mengapa saya diminta berbuat demikian. Agak janggal menulis di blog orang kerana kini saya sendiri sedang menguruskan tiga blog - semuanya tiada kaitan dengan politik, apa lagi dengan UMNO Pendang.
Lebih pelik lagi, saya pula langsung tiada apa-apa kaitan atau kepentingan dengan UMNO. Namun, atas nama bersahabat dengan penulis blog ini saya berjanji untuk mula menulis. Setelah diasak berkali-kali dengan pertanyaan 'bila nak mula,' maka pos ini merupakan penulisan saya yang pertama & saya anggap pos ini sebagai salam pengenalan.
Catatan:
1. Saya hanya manusia biasa - tak punya apa-apa kedudukan, apa lagi pengetahuan atau kelulusan akademik yang tinggi.
2, Saya juga bersetuju untuk menulis kerana saya rasa UMNO sangat dekat dengan bangsa saya.
3. Kepada UMNO Pendang, tegur & betulkan saya sekiranya saya salah. Maaf sekiranya penulisan saya nanti tidak tepat, salah atau menyinggung perasaan.
- Suami Menantu Wan Hijau ~

2 ulasan:

  1. Tahniah dan terima kasih 'Suami Menatu Wan Hijau" kerana sudi menerima jemputan punulis blog UMNO Bahagian Pendang untuk sama-sama menyumbang pemikiran tuan terhadap permasalahan orang Melayu.Walau tuan tidak berparti tetapi pandangan tuan mungkin berguna untuk memulih dan memperkuatkan semula parti UMNO dan perpaduan Melayu amnya.Bahas dan berilah pandangan tuan seikhlasnya permasalah Melayu dewasa ini.
    Walau tuan, mengaku tidak 'berilmu' namun mungkin sikap 'kurang ajar' tuan boleh menyedarkan semula ahli UMNO dan orang Melayu yang memandang remeh soal bersatu.
    Tabik tuan,

    BalasPadam
  2. semoga tuan boleh menyemarakan lg api bangsa melayu yg telah mula takut kat bangsa LAIN

    BalasPadam