Khamis, 30 April 2009

Politik Melayu Merugikan Bangsa

Kalau kita mengkaji sejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, kita lihat orang Melayu sudah terlalu banyak bertolak ansur atau mengalah terhadap kaum-kaum lain. Bermula dari penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum atau singkatannya CLC, orang melayu sudah pun bertolak ansur terhadap tuntutan kaum-kaum lain, terutamanya dalam soal pemberian kerakyataan. Walau pun soal kerakyatan mudah (jus soli) merupakan perkara yang amat ditentang oleh orang Melayu semasa pembentukan Malayan Union, namun atas alasan perpaduan, orang Melayu beralah. Sebaliknya kaum imigran dari awal lagi sudah menolak konsep Ketuanan Melayu.

Kemudiannya orang Melayu mengalah lagi semasa pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. UMNO sepatutnya menerima Laporan Pelajaran yang dibuat oleh Barnes 1951, yang mencadangkan supaya Bahasa Pengantar disekolah rendah hanya menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya kita menerima pakai Laporan Barnes sebagai asas pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan, maka masyarakat kita sudah lama bersatu padu. Tidak perlu kita memikirkan untuk membina sekolah Intergrasi dan sebagainya untuk tujuan membina perpaduan dikalangan pelajar sekolah. Dan yang pasti PPSMI tidak diperlukan , kerana bangsa kita boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih.

Atas semangat perpaduan dan demi menjaga hati kaum-kaum lain, orang Melayu berkorban lagi apabila menerima Laopran Razak 1956, sebagai asas pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ini bermakna orang Melayu telah memberi laluan kepada kewujudan SRJK (C) dan SRKJ (T). Kesannya bercambahlah sekolah-sekolah SRJKC dan SRJKT di seluruh Malaysia dengan identiti kaum yang tebal. Yang peliknya sistem pendidikan yang wujud di Malaysia sahaja membenarkan kaum-kaum lain menggunakan Bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa pegantar disekolah-sekolah. Sebaliknya negera-negera yang dilihat paling liberal dan demokrasi didunia pun tidak membenarkan sistem pendidikan berbahasa pengantar ibunda di negara mereka.

Selepas pilihanraya ke-12, bangsa Melayu sekali lagi dilihat terpaksa mengalah terhadap kaum-kaum lain. Ini disebabkan tewasnya BN, yang dipimpin oleh UMNO kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin PKR. Pelbagai tuntutan dibuat sercara tidak hormat dan mendesak. Dan pelbagai perkara yang menghiris hati orang Melayu telah berlaku sejak kebelakangan ini, Islam dipersendakan, hak Melayu dipertikaikan dan raja-raja Melayu dicerca dan dihina. Apa lagi maruah yang tinggal pada kita, bangsa MELAYU. Kesabaran pun ada hadnya.

Dimanakah suara-suara lantang ‘Ultra Melayu Islam’ seperti Hadi Awang, Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan lain-lain. Mereka ini satu masa dahulu adalah pejuang totok bangsa Melayu Islam . Tidak ingatkah kita, bagaimana Anwar Ibrahim memimpin gerakan jalanan memperjuangkan golongan pesawah (orang Melayu) yang miskin. Tidak ingatkah kita Hadi Awang dengan amanat Hadinya yang mengkafirkan orang UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC.Tetapi sekarang semua sudah tunggang terbalik, Anwar tidak lagi memperjuang dan mempertahankan Melayu dan Hadi Awang sudah pun berpelukan mesra dengan DAP. Apakah prinsip perjuangan mereka sudah tergadai, seperti mereka mengadaikan hak-hak orang Melayu?

Persoalannya, kenapa watak-watak Melayu ini tidak mahu bersatu dengan Melayu UMNO ? Kenapa tidak mahu bersatu dalam isu-isu melibatkan hak Melayu dan agama Islam ? Mengapa Melayu pembangkang sanggup dipergunakan? Contohnya semasa perlantikkan MB dari parti UMNO di Negeri Perak. Orang-orang Melayu pembangkang sanggup menderhaka kepada raja sendiri, dan berbaring diatas jalanraya seperti orang sasau mabuk sambil berteriak dengan kata-kata kesat. Inikah Islam yang hendak ditegakkan dibumi Malaysia jika mereka memerintah ?

Ingatlah orang Melayu UMNO dan Melayu pembangkang, jangan memandang remeh, tuntutan kaum Cina dan India. Walau pun dalam tuntutan mereka agak mustahil dipenuhi kerana bertentangan dengan Perlembagaan, namun mereka tetap mendesak dengan pelbagai ugutan. Tambahan lagi sudah ada pemimpin Melayu menyokong permintaan mereka. Dan orang Melayu sendiri sanggup berjuang supaya kerajaan memenuhi tuntutan yang dibuat oleh kaum-kaum ini.

Apa, orang Melayu sudah merasa selamat? Apakah orang Melayu sudah begitu kuat untuk bersaing dengan kaum-kaum lain dalam pelbagai bidang yang kita ketinggalan? Akuilah, sebenarnya orang Melayu masih perlu dibantu, dalam segala bidang samada pendidikan, perniagaan, usahawan dan sebagainya. Kepentingan dan hak orang Melayu masih jauh tersasar dari sasaran. Sebagai contoh, lihat petikan akhbar baru-baru ini.

“Kesemua 999 juta unit unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina dan mula dijual semalam telah habis dilanggan sepenuhnya.Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.Baki 166.5 juta unit saham diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang lain dengan jumlah keseluruhan 3.33 bilion unit tawaran baru.Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataannya di sini hari ini menyeru semua pelabur yang layak segera mengambil kesempatan melanggan baki unit amanah itu"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan