- Dimana silapnya kita, dikala UMNO ditekan dengan pelbagai tuntutan yang melukakan oleh kaum lain, ahli UMNO tak habis-habis dengan pertelingkahan dalaman yang berpanjangan dan membosankan.
- Ikrar dan laungan semangat mahukan perpaduan hanya retorik dan rekaan. Setelah beberapa bulan selesai pemilihan, UMNO Bahagian masih bergelut untuk memulihkan persaudaraan. UMNO Bahagian sepatutnya sedar dan insaf pemilihan mereka bukan tunjukkan glamour semata. Masyarakat menuntut perkhidmatan yang mampu disumbangkan.
- Malam semalam UMNO Bahagian bermesyuarat bulanan. Seperti biasa majoriti AJK mahukan peperdauan. Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Abd Razak Khamis, bahawa UMNO perlukan "semangat baru dan nafas baru dalam perjuangan". Bagi saya perjuangan cara lama sudah ditolak masyarakat. Mereka rimas dan meluat melihat lagak ahli politik bahagian yang suka menunjuk-nunjuk kekayaan, sedangkan parti lawan yang berkhidmat ala kekampungan lebih mendapat perhatian.
- Saya juga kagum dengan Cg Det, semangat UMNOnya sangat tinggi. Hanya mati saja boleh memisahkannya dengan perjuangan UMNO. Ini baru betul-betul perjuangan.
- Malangnya perubahan itu amat menuntut keikhlasan. Ianya bukan kata-kata manis yang mengelirukan. Masih ada lagikah keikhlasan dikalangan AJK UMNO Bahagian Pendang? Tepuk dada tanya selera.
Jumaat, 1 Mei 2009
Perpaduan Menuntut Keikhlasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan