- Strategi peperangan dalam pilihanraya, sudah berubah. Sebelum 2004, media utama p.raya adalah seperti poster, bannner, bahan bercetak kertas dan sudah tentu ceramah. Jadi penggundi zaman dahulu terpaksa keluar, untuk mendengar apa-apa penjelasan tentang sesuatu isu yang dibuat oleh parti-parti yang bertanding.
- Sekarang, peperangan cara ini tidak lagi digunakan. Terutamannya parti pembangkang. Penggundi tidak perlu kemana-mana. Mereka boleh dikempen walaupun di bilik tidur. Peperangan ini dinamakan Cyber-War atau peperangan maya. Parti-parti yang bertanding tidak perlu lagi menggunakan medium lama, yang membazir. Sebaliknya mereka hanya menggunakan sebuah komputer. Dengan komputer dan laluan internet pelobi parti-parti yang bertanding boleh berhujah dan memberi maklumat kepada penggundi secara terus melalui blog atau website.
- Cyber-War, sebenarnya lebih kepada peperangan psaikologi, dimana penggundi akan di momokkan dengan artikel, gambar dan audio yang boleh dipertikai kebenarannya.
- Pilihanraya umum 2004, cyber-war menjadi senjata penting parti pembangkang. Mereka mengambil kesempatan kemajuan rakyat Malaysia dalam bidang ICT untuk berkempen. Sekarang lebih 18 juta rakyat Malaysia mempunyai komputer dan boleh mengakses internet. Ini bermakna parti pembangkang mengambil kesempatan berkempen kepada 18 juta orang rakyat Malaysia dengan cara yang murah dan mudah. Tapi berkesan.
- Kita juga tahu kumpulan yang mahir dalam penggunaan internet dan komputer ialah golongan muda. Mereka ini sudah lama terdedah dengan komputer dan internet oleh dasar pendidikan kerajaan. Rata-rata mereka ini, adalah penggundi pertama kali di saluran 3&4. Oleh itu, kita boleh bayangkan kenapa, dalam p.raya 2008, saluran 3 & 4 kebanyakkannya menggundi parti pembangkang.
- Di Pendang, pemimpin-pemimpin di Bahagian masih belum memikirkan kepentingan peperangan-maya ini. Bilangan golongan muda yang semakin membesar dalam piramid penduduk seolah-olah bukan ancaman dan cabaran kepada UMNO.
- Malah kita lupa, bahawa mereka adalah penggundi utama dalam Pru 13 nanti
- Sepatutnya pemimpin UMNO Bahagian mengambil kesempatan ini untuk merekrut seramai mungkin anak muda yang mahir dalam komputer dan internet. Melatih mereka, menjadi penulis-penulis blog atau bloggers yang menyokong parti UMNO. Dan kalau boleh, mereka ini dibekal dengan maklumat terkini, dan sahih supaya mereka dapat membalas hujahan salah oleh parti pembangkang.
- Oleh itu, saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Pendang, jangan lena, bangunlah, buka mata, lihatlah sekeliling, apakah aset penting dalam percaturan politik kita. Pembangkang suda lama sedar peranan golongan muda. Kita masih menutup mata dan berpegang dengan retorik lama. Tepuk dada tanya selera.
Isnin, 11 Mei 2009
Cyber - War
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Puak UMNO mana nak sedar. asyik dok berkelahi sj.mana dan pikir mcm bro pikir tu. pi mampuih la.
BalasPadam