Selasa, 5 Mei 2009

Kedah Kekal Pakatan Rakyat Pru 13: Pandangan Ahli Pas

  1. Di minggu-minggu yang agak santai ini, saya sempat berbicara, tentang politik semasa Negeri Kedah bersama rakan-rakan. Bicara itu sudah tentu, berkaitan Pru 13 akan datang. Sebahagian besar mereka adalah pengundi atas pagar dan ahli PAS.
  2. Berdasarkan perbualan itu, nyata mereka amat yakin, PAS atau Pakatan Rakyat (PR) akan terus berkuasa di Negeri Kedah, tanpa ragu-ragu.
  3. Walau pun pendapat dan pandangan mereka boleh dipertikaikan, namun untuk mendapatkan maklumat saya membiarkan sahaja mereka berhujah.
  4. Hasilnya saya senaraikan dibawah, pandangan rakan-rakan, mengapa UMNO atau BN tidak mampu menawan semuala Negeri Kedah sebagai tatapan ahli UMNO Bahagian Pendang;
  • Pengundi atas pagar belum kembali kepada BN. Contoh, Pilihanraya Bt Selambau masih dimenangi oleh PKR. Sebelum ini Bt Selambau adalah kubu kuat BN.
  • Sokongan orang bukan Melayu terus memihak kepada PR. Janji-janji yang digulakan oleh PKR sukar ditolak oleh bukan Melayu. Contoh, jawatan Timbalan Perdana Menteri, DEB dihapuskan dan sebagainya.
  • Cantas mencantas dalam UMNO masih terus berleluasa. Kalau aku tak dapat jadi calon, aku cantas hang.
  • Tidak ada isu besar semasa pemerintahan PAS di Kedah. Rakyat tidak marah. Rakyat tolak politik pembangunan ala BN. Rakyat menerima hidup cara biasa.
  • Masih ramai kakitangan kerajaan menentang kerajaan. Mereka tidak hirau soal makan gaji dengan siapa, kerana tindakan tegas tidak pernah diambil.
  • Rakyat sudah meluat dan muak dengan BN. Sampai melihat lambang BN pun sudah sakit mata. Rakyat menutup mata dan telinga terhadap penjelasan yang dibuat oleh BN.
    Catatan.
    Adakah UMNO Bahagian Pendang masih mahu terus bercakaran atau lena dalam dakapan?.
    Tepuk dada tanya selera...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan