Ahad, 24 Mei 2009

Felda Sungai Tiang Perlukan Pembangunan

  1. 'Indahnya tempat orang, indah lagi kampung sendiri'. Itulah kampung saya, Felda Sungai Tiang. Memang indah! (pada saya).
  2. Diasaskan pada tahun 1959. Usianya kini sudah mencapai setengah abad (50 tahun). Istimewanya felda ini berbanding felda-felda lain di Wilayah Utara, kerana struktur tanahnya yang pamah telah menjadikannya sebuah penempatan yang mudah dihubungi.
  3. Lebih istimewa lagi, felda inilah satu-satunya di Kedah, yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri Kedah atas nama DUN Sg Tiang. Malah ia juga menjadi kubu kuat UMNO, sekian lama.
  4. Oleh kerana manifesto pilihanraya BN membawa agenda pembangunan, maka kita tidak dapat elak daripada membincangkan soal pembangunan disini.
  5. Pada usia yang sudah senja ini, Sg Tiang sepatutnya sudah melalui 'transformasi' hebat, samada pembangunan masyarakat dan juga prasarananya.
  6. Hakikatnya tidak begitu. Kalau tuan-tuan berkempatan turun ke sini, lihatlah sendiri suasana pekannya. Pandang sekeliling, apakah ada perubahan ketara terhadap prasarananya? Untuk pengetahuan tuan-tuan deretan kedai yang ada disini semuanya sudah berusia 50 tahun , sama usia penubuhannya.
  7. Seingat saya, sejak dilahirkan hingga dewasa, itulah yang ada di pekan Sg Tiang. Tidak ada perubahan dan tiada pembangunan ketara di sini.
  8. Persoalan saya, tidak adakah usaha memajukannya? Alasan Sg Tiang tidak boleh dimajukan kerana tiada tanah, sama sekali tidak boleh diterima. Itu, alasan bodoh pada orang yang malas untuk bekerja dan berusaha. Amat meloyakan. Bagi saya, sesuatu pembangunan itu bermula dengan idea, kemudian perancangan dan akhirnya pelaksanaan.
  9. Sepatutnya perlu wujud kerjasama erat antara pengurusan felda dengan wakil rakyat DUN Sg Tiang demi untuk merealisasikan impian ini. Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.
  10. Anehnya kawasan berhampiran felda Sg Tiang kebanyakkan sudah pun berubah, malah lebih maju berbanding Sg Tiang sendiri. Walau pun awalnya, Sg Tiang terlabih dahulu menikmati pelbagai kemudahan asas, tetapi tidak berterusan. Kampung Baru, Kubur panjang malah Titi Akar juga mengalami perubahan lebih pesat. Sedangkan penduduk di felda lebih ramai berbanding dengan kawasan-kawasan tersebut.
  11. Harapan saya, berlaku adil lah kepada Felda Sg Tiang. Jangan hanya waktu pilihanraya pelbagai janji ditaburkan. Selepas beroleh kemenangan, janji tinggal harapan. BN tidak sepatutnya bersikap "habis madu, sepah dibuang". Kerana rakyat melihat dan sedang membuat perbandingan. Kepada pihak-pihak yang berkenaan, pandang-pandang lah kami dibawah. jangan terlalu mendongak, nanti jatuh tersungkur.

6 ulasan:

  1. Tahniah... atas perjuangan yang lebih bersifat local. Rasanya lebih bermakna.
    Maaf kerana masih tidak berkesempatan untuk memenuhi janji saya untuk sama-sama menulis untuk blog ini.
    Akan saya tunaikan bila berkesempatan.
    Selamat berjuang untuk agama, bangsa & negara.
    -Suami Menantu Wan Hijau-

    BalasPadam
  2. memang benar,,Felda Sungai Tiang perlukan pembangunan...
    Baru-baru i9ni sekitar pertengahan bulan Ogos,ada projek pembesaran/penurapan jalan dari KG.Baru ke Felda Sungai Tiang .Persoalannya kenapa hanya dibuat sehingga SMK sungai Tiang.Kenapa tidak besarkan/turap jalan sehingga ke persimpangan jalan besar Kuala nerang-Jeniang-Kuala Ketil.
    Saya merayu kepada pihak berwajib agar dapat segera atasi masalah ini kerana sepanjang pengetahuan saya laluan/jalan ini memang sibok.

    BalasPadam
  3. Betul benar penilaian tuan, masalahnya politik dalaman Sg Tiang dan pengurusan felda yg baru ini gagal memahami kehendak penduduk, keluhan penduduk muda langsung tidak diberi perhataian. Hanya melayan seorang dua golongan muda yg mempubyai kepentingan diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "masalahnya politik dalaman Sg Tiang dan pengurusan felda yg baru ini gagal" alasan macam BANGAU kata seorang cikgu SMK Sg. Tg. 20 tahun yang lalu. Cerita asal FST dah 50 tahun tapi tak maju2. apa kena mengena dgn pengurusan baru. Yg patut disalahkan pengurusan lama dan ADUN2 yg lama dgn ahli parlimen lama macam MAN BEDUL. T.K.

      Padam
  4. saya sokong sangat pembangunan sg tiang patut di beri perhatian kerana ia kubu kuat umno/bn. semoga ada perubahan...amin, :ank drebar lori pencen.

    BalasPadam
  5. ......inilah akibat fahaman politik umno yg salah. menabur janji dan duit akhirnya masyarakat tersepit. bezanya MCA akan mendapatkan keperluan masyarakat mereka terlebih dahulu sebelum menabur duit dan janji. cth terbaik: Kaw. Bukit Bintang yg menjadi kubu kuat DAP telah jatuh ketangan MCA, projek Monorel separuh jalan(tak masuk KL Sentral walaupun dibuat selepas KL Sentral siap 100%)terus dilaksanakan walaupun baru sepenggal MCA menang ikut pintu belakang. MCA lebih mementingkan masyarakat mereka di bukit bintang utk bergerak dan berniaga. Hari ini Bukit Bintang menjadi tempat berniaga 24 Jam dan dikuasai kaum Cina. Inilah hakikat kelemahan UMNO yg tak blh diterima oleh ahli UMNO sendiri.
    Saya menyokong penuh kritikan Sungai Tiang tak maju walau sudah berumur 50 tahun. Ini bukan FST sahaja Felda Lurah Bilut di Pahang juga menerima nasib yg sama dgn FST. Suasana di Bilut tak ubah seperti FST walau berusia lebih tua dari FST. Inilah hakikatnya DUN Sg Tg dari zaman man bedol sampai lani dok tang tu. Dulu turap tar sampai Kg Sawa, la ni sampai SMKST(SEMESTI, dulu tak dak nama semesti ni, tahniah la). Pengurus hanya mengurus pentadbiran dalam FELDA, dia bukan alat/ahli politik utk diperalatkan. Biarlah dia nak balik kampung petang khamis. itu hak dia sama seperti lain2 perantau. dia makan gaji, peneroka FST yg mencari rezeki atas kederat sendiri yg patut diberi perhatian agar tak di tindas oleh FELDA.
    Ex semesti 1989 3A1

    BalasPadam