Isnin, 4 Mei 2009

Anwar Pecahbelahkan PAS; PR Menuju Kehancuran – Syed Ali

GABUNGAN parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) kini sedang menunju kehancuran apabila taktik jahat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu-domba kepimpinan PAS terbongkar, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
“Pemimpin PAS sudah mengetahui belang Anwar dan saya jangkakan gabungan mereka di dalam PR sedang berada diambang perpecahan,” tegasnya.
Katanya, Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan telah memainkan peranan secara halus memecahbelahkan kepimpinan ulama dalam PAS menjelang Muktamar Agung parti itu Jun depan.
“Anwar cukup licik dan bertindak lempar batu sembunyikan tangan bagi menimbulkan kebencian ahli-ahli PAS kepada Presiden mereka, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan,” tegasnya.
Sehubungan itu beliau mengingatkan, musuh sebenar PAS ialah Anwar yang berselindung disebalik PR dan bukannya UMNO.
Katanya, Anwar juga didakwa telah memperalatkan ahli-ahli PAS yang pro kepada beliau supaya kedudukan golongan ulama dalam hiraki tertinggi kepimpinan PAS dicabar pada muktamar tesrebut.
Menurut beliau, taktik sebegini memang menjadi amalan Anwar sejak menyertai UMNO sehingga disingkirkan daripada parti dan kerajaan apabila terbabit dalam kes liwat dan penyalahgunaan kuasa.
“Ketika memegang jawatan penting di dalam UMNO, dia telah melaga-lagakan kepimpinan parti di semua peringkat sehingga UMNO menjadi berpuak-puak dan berpecah belah,” jelasnya.
Katanya lagi, pertelagahan sesama pemimpin tertinggi PAS gara-gara taktik jahat Anwar membuktikan Penasihat PKR itu hanya mementingkan agenda politik untuk berkuasa.
Syed Ali mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyudin Hassan yang membidas golongan pro Anwar dalam PAS kerana menyalahkan Haji Abdul Hadi dan timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, seperti disiarkan oleh akhbar-akhbar harian hari ini.
“Mengapa pertikai presiden dan timbalan presiden sahaja, kenapa tidak pertikai Anwar sedangkan dia turut terlibat dalam hal ini,” kata Takiyuddin sambil menjelaskan cadangan kerajaan campuran turut diputuskan oleh pakatan parti-parti pembangkang dan bukannya dari PAS sahaja.

Catatan
Dasar Anwar dan Barat sama saja "pecah dan perintah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan