- Uniknya UMNO Pendang, kerana anggotanya juga ada masyarakat Thai (Siam). Bilangan mereka yang layak menggundi sekitar 6000 oarang. Hampir 80% daripada bilangan ini menjadi ahli UMNO dan mengundi BN.
- Selama ini mereka amat setia dengan UMNO.
- Jikalau diambil kira kemenangan DUN Sungai Tiang dalam PRU 12 yang lalu, dengan majoriti hanya 3000 lebih, pemimpin UMNO Bahagian patut menyedari sokongan masyarakat Siam ini begitu penting. Mereka penentu majoriti BN. Oleh itu jagan biarkan unsur pembangkang membiak dalaman mereka.
- Pemimpin UMNO Bahagian sewajarnyalah melibatkan mereka dalam segala program UMNO, sama ada kecil atau besar. Bukan hanya melibatkan mereka, dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat Siam sahaja, malah program-program yang melibatkan majoriti masyarakat Melayu juga perlu melibatkan mereka. Contohnya program pemimpin UMNO masuk kampung dan sebagainya.
- Cara ini boleh membuatkan mereka rasa diterlibatkan dan dihargai. Maksudnya mereka bukan penumpang dalam UMNO.
- Amat malang sekiranya kita membiarkan mereka merasa seperti dipinggirkan atau melutut di tepi gantang oleh pemimpin UMNO.
- Sedangkan kita sudah pun maklum dalam PRU 13 nanti, PKR akan terlibat di DUN Sungai Tiang. Bayangkan lah apa akan berlaku pada UMNO jika kita terus tidak mempedulikan masyarakat ini. Jangan samapai PKR mendahului kita, nanti putih mata.
Selasa, 19 Mei 2009
'Uniknya UMNO'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan