- Kalau kita merenung dasar dan perjuangan PAS dari awal penubuhannya hingga kini, kita dapati mereka, tidak konsisten. Malah 'fatwa' yang dikeluarkan oleh 'ulama-ulama' PAS juga berbeza mengikut masa dan keadaan.
- Dan jikalau tuan-tuan masih ingat, di waktu Dato' Asri menjadi Presiden PAS dahulu, mereka enggan bekerjasama dengan UMNO kerana berpendapat UMNO, sudah hilang 'KeMalayuannya". Maksudnya dasar kerjasama antara UMNO dengan MCA dan MIC tidak diterima oleh PAS. Walau pun kerjasama itu, tidak sampai mengadai ketuanan melayu dan mencemar kemuliaan raja-raja Melayu.
- Di zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, memimpin PAS pun, kita dapati perjuangan Melayu Islam PAS, masih kukuh. Malah ketika inilah muncul, apa yang dinamakan 'Amanat Hadi Awang'. Dalam amanat ini secara jelas PAS mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam.
- Malah Hadi Awang, langsung tidak mempedulikan kesan tindakannya itu telah menyebabkan banyak masjid (perkahwinan) yang sudah lama didirikan roboh, kerana tidak sehaluan parti. Ramai juga pasangan Islam terpaksa menikah semula, kerana tidak sah dinikah oleh imam yang menyokong UMNO. Solat Jumaat dua imam. Malah, pulau memulau kenduri sesama Melayu Islam, masih berlaku sehingga kini. Sembelihan oleh orang UMNO tidak sah dimakan dan banyak lagi kesan terpencil di pedalamam. Dan sudah tentulah kesan yang paling tidak dapat dilupakan dan paling menyayat hati semasa peristiwa 'berdarah' di Memali Baling Kedah.
- Semua yang berlaku diatas adalah akibat 'amanat haji hadi'. Apakah Hj Hadi tidak pernah rasa bersalah terhadap perbuatannya itu ?
- Sekarang PAS dipimpin oleh Hj Hadi Awang, tokoh yang mengeluarkan 'amanat Hadi Awang' itu. Persoalannya adakah Hadi masih berpegang kepada amanat lamanya ? Kalau tidak, kenapa berubah? Adakah 'fatwa' boleh diubah-ubah mengikut zaman. Kenapa Hadi tidak mempertahan amanatnya, sedangkan beliau adalah Presiden PAS ?
- Kenapa pula Nik Aziz, seorang ulama dalam PAS tidak sama-sama mempertahan 'fatwa' Hadi itu sekiranya benar. Kenapa tok guru tidak menangis seperti beliau berdoa supaya UMNO dijahanamkan kerana amanat suci itu tidak dipertahankan.
- Jelas PAS bukan parti yang 'suci'. Dia pun melakukan banyak kesalahan yang merosakkan. Perjuangannya adalah perjuangan politik. sama seperti parti-parti politik lain. Islamikkah Kelantan berbanding lain-lain negeri dalam Malaysia?. Sudah 20 tahun memerintah Kelantan, Mana hudud PAS?
- Perjuangan berkepantingan ini tidak dapat dibendung lagi oleh PAS. Aksi-aksi hangat Hadi Awang duduk semeja dengan DAP, Nik Aziz boleh berbincang dengan ratu bogel PKR, Muslimah PAS berpeluk dan sambil menangis dengan Elizebath Wong. Orang Cina pun halal membaca Quran. Semuanya boleh dan tidak bersalah kerana PAS yang melakukanya.
- Tidakkah dasar berbaik-baik dengan kaum lain tanpa menggadaikan maruah Islam dan hak Melayu sudah lama diamalkan oleh UMNO. Kenapa dulu UMNO dikafirkan kerana sifatnya itu?
- Fikir-fikrkan wahai umat Melayu Islam. Jangan sampai Negara tercinta ini tergadai.
Selasa, 19 Mei 2009
Sucikah PAS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semangat kemelayuan yang ditunjukkan oleh saudara amat saya kagumi...Tahniah saya ucapkan kepada UMNO kerana dapat melahirkan kader yang berusaha keras untuk partinya.
BalasPadamAkan tetapi semangat yang saudara war-warkan itu boleh menjurus saudara kepada fahaman assabiyyah. Saudara amat bencikan PAS dan menyamakannya dengan parti yang saudara dokong.
Setiap parti ada motif dan matlamat serta kaedah perjuangannya sendiri.Saudara mesti ingat bagaimana PRU dahulu..begitu mudah UMNO menang tapi ianya sudah 'BERUBAH' sekarang...perubahan
ini berpunca dari kelemahan pimpinan dalam UMNO sendiri.Bagi saya adalah tidak bijak saudara menyamakan sesuatu parti lain sama dengan parti yang saudara dokong dan puja hanya kerana parti saudara menghadapi virus yang payah untuk diubati dan dirawat.
Kajilah amanat HAJI HADI dengan sedalam-dalamnya sebelum saudara membuat komen. Bagi saya komen saudara hanya berdasarkan maklumat media massa yang gemar memutar-belitkan isu demi sedikit laba dunia.
Akhir kata teruskan perjuangan saudara jika saudara yakin dengan apa yang saudara dokongi dan fahami....akan tetapi ingatlah...jangan sampai iannya membawa saudara tenggelam dalam emosi yang saudara cipta sendiri.
EYE OF ILUSION