Khamis, 30 April 2009

Politik Melayu Merugikan Bangsa

Kalau kita mengkaji sejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, kita lihat orang Melayu sudah terlalu banyak bertolak ansur atau mengalah terhadap kaum-kaum lain. Bermula dari penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum atau singkatannya CLC, orang melayu sudah pun bertolak ansur terhadap tuntutan kaum-kaum lain, terutamanya dalam soal pemberian kerakyataan. Walau pun soal kerakyatan mudah (jus soli) merupakan perkara yang amat ditentang oleh orang Melayu semasa pembentukan Malayan Union, namun atas alasan perpaduan, orang Melayu beralah. Sebaliknya kaum imigran dari awal lagi sudah menolak konsep Ketuanan Melayu.

Kemudiannya orang Melayu mengalah lagi semasa pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. UMNO sepatutnya menerima Laporan Pelajaran yang dibuat oleh Barnes 1951, yang mencadangkan supaya Bahasa Pengantar disekolah rendah hanya menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya kita menerima pakai Laporan Barnes sebagai asas pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan, maka masyarakat kita sudah lama bersatu padu. Tidak perlu kita memikirkan untuk membina sekolah Intergrasi dan sebagainya untuk tujuan membina perpaduan dikalangan pelajar sekolah. Dan yang pasti PPSMI tidak diperlukan , kerana bangsa kita boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih.

Atas semangat perpaduan dan demi menjaga hati kaum-kaum lain, orang Melayu berkorban lagi apabila menerima Laopran Razak 1956, sebagai asas pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ini bermakna orang Melayu telah memberi laluan kepada kewujudan SRJK (C) dan SRKJ (T). Kesannya bercambahlah sekolah-sekolah SRJKC dan SRJKT di seluruh Malaysia dengan identiti kaum yang tebal. Yang peliknya sistem pendidikan yang wujud di Malaysia sahaja membenarkan kaum-kaum lain menggunakan Bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa pegantar disekolah-sekolah. Sebaliknya negera-negera yang dilihat paling liberal dan demokrasi didunia pun tidak membenarkan sistem pendidikan berbahasa pengantar ibunda di negara mereka.

Selepas pilihanraya ke-12, bangsa Melayu sekali lagi dilihat terpaksa mengalah terhadap kaum-kaum lain. Ini disebabkan tewasnya BN, yang dipimpin oleh UMNO kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin PKR. Pelbagai tuntutan dibuat sercara tidak hormat dan mendesak. Dan pelbagai perkara yang menghiris hati orang Melayu telah berlaku sejak kebelakangan ini, Islam dipersendakan, hak Melayu dipertikaikan dan raja-raja Melayu dicerca dan dihina. Apa lagi maruah yang tinggal pada kita, bangsa MELAYU. Kesabaran pun ada hadnya.

Dimanakah suara-suara lantang ‘Ultra Melayu Islam’ seperti Hadi Awang, Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan lain-lain. Mereka ini satu masa dahulu adalah pejuang totok bangsa Melayu Islam . Tidak ingatkah kita, bagaimana Anwar Ibrahim memimpin gerakan jalanan memperjuangkan golongan pesawah (orang Melayu) yang miskin. Tidak ingatkah kita Hadi Awang dengan amanat Hadinya yang mengkafirkan orang UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC.Tetapi sekarang semua sudah tunggang terbalik, Anwar tidak lagi memperjuang dan mempertahankan Melayu dan Hadi Awang sudah pun berpelukan mesra dengan DAP. Apakah prinsip perjuangan mereka sudah tergadai, seperti mereka mengadaikan hak-hak orang Melayu?

Persoalannya, kenapa watak-watak Melayu ini tidak mahu bersatu dengan Melayu UMNO ? Kenapa tidak mahu bersatu dalam isu-isu melibatkan hak Melayu dan agama Islam ? Mengapa Melayu pembangkang sanggup dipergunakan? Contohnya semasa perlantikkan MB dari parti UMNO di Negeri Perak. Orang-orang Melayu pembangkang sanggup menderhaka kepada raja sendiri, dan berbaring diatas jalanraya seperti orang sasau mabuk sambil berteriak dengan kata-kata kesat. Inikah Islam yang hendak ditegakkan dibumi Malaysia jika mereka memerintah ?

Ingatlah orang Melayu UMNO dan Melayu pembangkang, jangan memandang remeh, tuntutan kaum Cina dan India. Walau pun dalam tuntutan mereka agak mustahil dipenuhi kerana bertentangan dengan Perlembagaan, namun mereka tetap mendesak dengan pelbagai ugutan. Tambahan lagi sudah ada pemimpin Melayu menyokong permintaan mereka. Dan orang Melayu sendiri sanggup berjuang supaya kerajaan memenuhi tuntutan yang dibuat oleh kaum-kaum ini.

Apa, orang Melayu sudah merasa selamat? Apakah orang Melayu sudah begitu kuat untuk bersaing dengan kaum-kaum lain dalam pelbagai bidang yang kita ketinggalan? Akuilah, sebenarnya orang Melayu masih perlu dibantu, dalam segala bidang samada pendidikan, perniagaan, usahawan dan sebagainya. Kepentingan dan hak orang Melayu masih jauh tersasar dari sasaran. Sebagai contoh, lihat petikan akhbar baru-baru ini.

“Kesemua 999 juta unit unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina dan mula dijual semalam telah habis dilanggan sepenuhnya.Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.Baki 166.5 juta unit saham diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang lain dengan jumlah keseluruhan 3.33 bilion unit tawaran baru.Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataannya di sini hari ini menyeru semua pelabur yang layak segera mengambil kesempatan melanggan baki unit amanah itu"

Selasa, 28 April 2009

Siasat Lagi

  1. Dengar cerita SPRM membuka semula siasatan kes politik wang terhadap bebera individu tertentu di Pendang. Soal siasat itu dilakukan di dua tempat berasingan. Satu di Pendang Lake Resort dan satu lagi di Sungai Petani.
  2. Berita sebegini sudah tentu mengewakan ahli UMNO Pendang.
  3. Diharapkan SPRM segeralah menyelesaikan permasalahan ini, buat keputusan segera dan tegasa sekiranya sudah mempunyai bukti yang cukup. Buat kenyataan yang tegas terhadap individu yang terlibat samaada, ada kes atau tidak. Jangan buat individu yang disiasat ini tergantung statusnya. Kalau bersih umumkan dengan tegas ia bersih, kalau ada kes, hukum segera.
  4. UMNO Pendang tidak boleh lagi berlengah dalam soal menguatkan semula parti. PRU 13 makin hampir. Sempatkah kita pulih sepenuhnya menjelang pilihanraya?

Selasa, 21 April 2009

Iktibar Dari Membaca

Bila kita membaca terutama untuk peperiksaan kita mudah lupa. Sebaliknya, bahan-bahan berbentuk hiburan akan kita ingati lama. Membaca untuk peperiksaan lazimnya dalam keadaan tertekan, manakala membaca bahan hiburan selalunya dalam situasi santai.
Dalam senario politik hari ini juga saya 'rasa' begitu. Orang politik tampil & mendekati rakyat hanya ketika musim pilihanraya (umum @ kecil). Akibatnya, rakyat tidak ingat & keputusan-keputusan pilihanraya kecil mutakhir menunjukkan trend sedemikian.
Mengambil iktibar dari kaedah membaca di atas, saya berharap rakan-rakan di bahagian Pendang dapat mendekati semua golongan rakyat mulai sekarang secara 'santai'. Rakyat akan ingat lama. InsyaAllah sehingga 2010. Jangan hanya tunggu musim pilihanraya. Jadilah seperti pihak media yang sentiasa menghidu masalah rakyat. Selamat berjuang & kurangkan 'politik berkepentingan'. Anda tentu boleh melakukannya jika anda benar-benar ikhlas.
-Suami Menantu Wan Hijau-
Catatan:
Saya bukan mengajar anda kerana siapalah saya untuk mengajar orang-orang politik. Namun, itulah pandangan saya yang mengambil kira kaedah membaca - perintah Allah yang pertama.

Ahad, 19 April 2009

Angkuhnya Orang ini

Adakah tuan-tuan melihat berita Jam 8 kat TV3 semalam ? Kalau lihat, adakah tuan-tuan suka melihat telatah watak di atas ? Kalau suka, abaikan nasihat Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah seperti di bawah.
“Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir. “Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,”
Kalau anda marah, anda seperti saya. Oleh itu, lupakanlah perbezaan, dapatkan titik pertemuan.

Sabtu, 18 April 2009

Konsep Satu Malaysia Perlukan Huraian Komprehensif

Konsep adalah intipati kepada sesuatu gagasan, idea atau pemikiran. Ia tidak boleh diketengahkan kepada masyarakat menerusi pendekatan yang adhok ataupun runcit. Ia memerlukan huraian secara jelas, padat, terperinci dan komprehensif.
Begitulah juga hakikatnya dengan Konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini. Belum sempat Najib menghuraikan konsep berkenaan secara terperinci, pihak pembangkang sudah mengeksploitasikan konsep itu kononnya sebagai sinonim dengan Malaysian Malaysia ciptaan DAP.
Pihak pembangkang tidak boleh disalahkan dalam hal ini. Najib juga tidak boleh dikatakan sebagai tersilap kerana mengketengahkan konsep itu seolah-olah dalam keadaan tergesa-gesa.
Bagaimanapun, sewajarnya pihak-pihak tertentu dalam kerajaan tampil untuk mengartikulasikan putra-minda (brainchild) Najib ini dengan seberapa segera. Pihak-pihak ini termasuklah pelbagai think-tanks, badan kajian, kelompok intelektual dan golongan akademik. Hasil pengartikulasian ini pula mesti dirujuk semula kepada Najib sebelum ianya dihebahkan kepada rakyat jelata.
Cadangan ini dikemukakan bukan kerana Najib tidak mampu untuk mendalami konsep berkenaan. Tetapi, sudah menjadi kelaziman di mana-mana bahawa konsep yang dilahirkan oleh seseorang pemimpin perlu dihalusi, dirinci dan dituntasi oleh kumpulan pemikir yang akan membantu pemimpin berkenaan mentransformasikan konsep tersebut supaya menjadi dasar dan program yang menyeluruh serta menepati matlamat teras konsep terbabit.
Tindakan ini perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan konsep ini daripada dieksploitasikan dengan lebih lanjut oleh puak-puak oportunis dan untuk mengelakkan kelompok kakak tua daripada menghuraikan konsep ini sekadar sebagai retorik semata-mata.
Sewajarnya sebelum 40 hari Najib menerajui kepimpinan negara, Konsep Satu Malaysia ini sudah boleh ditransformasikan kepada Doktrin Satu Malaysia yang menjurus kepada pelbagai aspek dasar, program dan strategi yang membabitkan perjuangan serta pengurusan kerajaan yang serasi dengan citarasa rakyat seluruhnya.
Setakat ini Najib sudah memberikan beberapa indikator dan ciri-ciri penting kepada Konsep Satu Malaysia. Semoga apa jua indikator dan ciri-ciri berkenaan, Konsep Satu Malaysia wajarlah berindukkan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020.

Khamis, 16 April 2009

Nampak Dayus

~ Foto: Berita Harian ~
Satu isu yang menarik pada masa kini ialah isu ketidakhadiran 10 ADUN Terengganu ke sidang DUN pada 14/04/09. Sebabnya (menurut Buletin Utama TV3) ialah kerana ugutan bunuh melalui SMS yang diterima oleh tiga daripada 10 ADUN. Dua daripadanya muncul di TV mengesahkannya & mendakwa tahu siapa penghantarnya.
Beberapa persoalan timbul di benak saya yang sememangnya benak. Apa lagi hal-hal politik. Selain itu, beberapa iktibar juga boleh diambil. Antaranya ialah:

1. Inikah KUALITI pemimpin-pemimpin UMNO - takut hanya kerana SMS & kena tunggu arahan DS Najib baru nak hadir.
2. Patutkah TERLALU takut kerana mereka mendakwa kenal siapa pengirimnya.
3. Wajarkah takut sampai nampak DAYUS kerana mereka bertaraf pemimpin yang sepatutnya tampak lebih berani.
4. KENAPA 10 orang yang tidak hadir sedangkan katanya hanya tiga yang mengaku terima SMS.
5. Nampak SANGAT lebih mengutamakan politik kepentingan diri (tak hadir) berbanding kepentingan rakyat (bincang masalah rakyat di DUN).
6. Bandingkan diri mereka dengan Karpal Singh yang masih ke parlimen walau pun menerima kiriman peluru hidup.
Sekian, yang baik daripada Allah jua.
- Suami Menantu Wan Hijau -
Catatan:
1. Bagaimana agaknya reaksi semua ADUN tersebut sekiranya mereka menerima peluru hidup & bukannya SMS.
2. Karpal Singh nampak ’hero’ di mata rakyat walau pun pada hakikatnya pernah diejek sebagai penakut oleh Dato Ibrahim Ali (semasa berbahas di parlimen) kerana menangis semasa ditahan di bawah ISA.
3. Adalah diharapkan rakan-rakan Bahagian Pendang tak macam dinyatakan di atas. Baiki diri & rapatkan jurang agar UMNO kembali diterima rakyat.
4. Nampak gaya Penanti sedang menunggu komitmen tuan-tuan.

Salam Di Hulur

Saya diminta oleh penulis blog ini agar turut menyumbang bahan penulisan di blog ini iaitu sebagai 'blogger tamu'. Saya tidak pasti mengapa saya diminta berbuat demikian. Agak janggal menulis di blog orang kerana kini saya sendiri sedang menguruskan tiga blog - semuanya tiada kaitan dengan politik, apa lagi dengan UMNO Pendang.
Lebih pelik lagi, saya pula langsung tiada apa-apa kaitan atau kepentingan dengan UMNO. Namun, atas nama bersahabat dengan penulis blog ini saya berjanji untuk mula menulis. Setelah diasak berkali-kali dengan pertanyaan 'bila nak mula,' maka pos ini merupakan penulisan saya yang pertama & saya anggap pos ini sebagai salam pengenalan.
Catatan:
1. Saya hanya manusia biasa - tak punya apa-apa kedudukan, apa lagi pengetahuan atau kelulusan akademik yang tinggi.
2, Saya juga bersetuju untuk menulis kerana saya rasa UMNO sangat dekat dengan bangsa saya.
3. Kepada UMNO Pendang, tegur & betulkan saya sekiranya saya salah. Maaf sekiranya penulisan saya nanti tidak tepat, salah atau menyinggung perasaan.
- Suami Menantu Wan Hijau ~

Rabu, 15 April 2009

Berubahlah UMNO Pendang

1. Pemilihan Bahagian, sudah lama berlalu. Adat pertandingan, ada yang kalah dan pasti ada pemenang. Ahli-ahli UMNO yang menerima idealisme demokrasi sepatutnya menerima apa juga keputusan dengan hati yang terbuka. yang menang diiktiraf dan yang kalah menerima kekalahan dan menyokong pemenang.

2. Namun, di Pendang kesempurnaan ini tidak berlaku. Rumah siap pahat pun berbunyi. Pelbagai cerita timbul selepas pemilihan. Yang tak dapat menerima kekalahan membawa kekecewaan itu kepada pihak pengaduan seperti SPRM dan Lembaga Disiplin UMNO untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Malah ada sikap lebih buruk, iaitu mendedahkan keburukan UMNO yang mungkin betul atau tidak kepada parti lawan.

3. Kesannya pemimpin yang bertanding dalam pelbagai jawatan tempoh hari, sekarang dilihat penuh dengan pelbagai kesalahan dan keburukan. Bayangkan sekiranya mereka terpilih menjadi calon UMNO pada PRU 13 nanti, adakah mereka diterima oleh rakyat?

4. Kebencian sesama ahli UMNO Pendang semakin tegang, apabila pihak yang dituduh dengan pelbagai kesalahan parti, bebas dari tuduhan, maka pelapor pula diburu dan dihimpit oleh pihak didakwa. Malah mereka melihat pihak pelapor dengan rasa benci, dendam dan permusuhan.

5. Sedarkah wahai ahli UMNO Pendang, parti ini tidak boleh tewas lagi dalam PRU 13. Jika tewas sekali lagi UMNO adalah sejarah. Sedar atau tidak, UMNO dan ahli UMNO Pendang, perlu segera berubah demi kelangsungan parti keramat Melayu ini terus kekal mendakap keris bersilangnya dengan gagah, bagai Laksamana Hang Tuah lantang melaungkan kata-kata azimat ini "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"

6. Demi kebangkitan semula UMNO Bahagian Pendang, di sini saya menyarankan beberapa perubahan yang perlu direnungi oleh ahli-ahli UMNO. Antaranya:

a) Menerima amalan demokrasi sepenuhnya dalam parti. Maksudnya demokrasi bukan sekadar membenarkan pertandingan dalam jawatan-jawatan tertentu tetapi juga soal sanggup menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Yang kalah menerima kekalahan, yang menang merapatkan perbezaan.

b) Menolak sama sekali rasuah politik. Ini bermakna ahli UMNO jangan hanya bercakap pemimpin-pemimpin tertentu terlibat rasuah politik, sedangkan diri sendiri tidak menghalang perbuatan ini. Malah ada ahli UMNO yang membiakkan permainan ini dengan meminta 'upah' bagi mendapatkan undinya, demi keuntungan sendiri.

c) Membuang jauh-jauh perasaan dendam dan irihati. Orang Melayu amat sinonim dengan perasaan dan perbuatan ini. Namun, kita di Pendang tidak ada pilihan, sekiranya kita ingin melihat kebangkitan semula UMNO, berkorbanlah. Jangan disekat kemunculan pemimpin-pemimpin baru yang berpotensi, sebaiknya pemimpin lama mengasuh bakat dan keterampilan oarang baru itu, bukannya dicincang lumat-lumat demi survival politik orang lama.

d) Menolak watak pemimpin ego dan sombong dan memilih yang humble dan boleh memberi khidmat dan mendengar. Ahli UMNO Pendang jangan terlalu taksub dan tertutup terhadap pemimpin tertentu. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi UMNO mesti kekal. Pemimpin yang tidak mampu berkhidmat dan mendengar perlu ditolak. Jangan disimpan terlalu lama sehingga menjadi liabiliti kepada parti kita.

e) Akhir sekali ahli UMNO Pendang, perlu meluaskan skop pandangan dalam soal berpolitik. Jangan hanya berpolitik untuk memenangi jawatan. Sebaliknya kita perlu mencontohi kaum Cina, politik mereka adalah untuk kepentingan dan kelangsungan bangsa mereka. Ahli UMNO Pendang jangan mudah tertipu dengan pelbagai retorik parti pembangkang. Jangan jadi seperti Pak Kadok, ;ayam menang bersabung kampung habis tergadai'.

Ahad, 12 April 2009

Artikulasikan Konsep Satu Malaysia

Konsep Satu Malaysia yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak minggu lalu adalah bukti keprihatinan kepimpinan beliau terhadap destini negara-bangsa Malaysia, perpaduan, kemakmuran, keamanan, keselamatan, kecemerlangan, keunggulan dan kelangsungannya di hari muka.
Konsep sosio-politik yang berteraskan cita-cita untuk membina satu era baru di Malaysia menerusi satu transformasi yang besar ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.
Najib telah merincikan konsep ini menerusi blog peribadinya, 1 Malaysia. Contohnya, pada 5 April 2009, Najib menghuraikan aspek-aspek budaya kecemerlangan. Pada 8 April 2009, beliau pula menghuraikan maksud nilai-nilai ketabahan.
Ini bermakna budaya kecemerlangan dan nilai-nilai ketabahan adalah antara ciri-ciri teras kepada Konsep Satu Malaysia. Pastinya dalam siri tulisan Najib selanjutnya beliau akan menghuraikan ertinya perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang mendasari elemen kemajmukan rakyat Malaysia dan lain-lain aspek kenegaraan yang sewajarnya menjadi perisian serta input kepada Konsep Satu Malaysia.
Rakyat jelata Malaysia juga perlu menyumbangkan dayausaha mereka untuk memperdalami dan merincikan konsep ini. Dayausaha ini pasti dapat membantu kepimpinan Najib untuk segera menterjemahkan konsep ini menjadi dasar dan program perjuangan nasional yang efektif dan bermanfaat dalam tempoh terdekat ini.
Oleh sebab itu, sama-samalah kita bangkit dan bertindak. Kita yang terdiri daripada golongan akademik, profesional, pemimpin gerakan akar umbi, aktivis belia, aktivis pelajar, elit politik yang merentasi ideologi, dan seluruh rakyat jelata wajar bergabung tenaga dan minda untuk menghalusi konsep ini dengan seberapa segera.
Kita rincikan konsep ini, kita hayati cita-citanya, kita terokai input dan perisian yang sewajarnya, dan akhir sekali kita ketengahkan penemuan daripada dayausaha kita ini kepada pihak kerajaan untuk menjadikannya kepada dasar dan program nasional yang kita perlukan.
Namun adalah penting jika dayausaha ini kita laksanakan dengan bersandarkan kepada prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020 supaya Konsep Satu Malaysia ini tidak meminggirkan ciri-ciri asas dan utama kepada kenegaraan, perpaduan dan kemajuan Malaysia seluruhnya. Dengan cara ini, moga-moga usaha untuk mengeksploitasikan Konsep Satu Malaysia kononnya sebagai sinonim dengan Konsep Malaysian Malaysia akan menjadi usaha yang terpencil dan dengan sendirinya ditolak oleh majoriti rakyat jelata Malaysia.

Jumaat, 10 April 2009

Selamat Berhari Keluarga - Cawangan Pokok Asam

  1. Hari ini hingga esok tengahari, Ketua-ketua cawangan dan perwakilan cawangan dalam Pokok Asam sedang 'Berhari Keluarga' di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang. Tahniah dan selamat berhari keluarga.
  2. Tahniah juga kepada orang-orang kuat yang merancang program ini, iaitu Mie Bakar, Don, Bang Lee, Mat Kampung Huma, Bang Non Tok Dam, Lan Pak Pom dan tak lupa kepada sponsor besar majlis ini Lee Din. Ingat! jangan buat konsortium pula.
  3. Saya juga diundang ke majlis ini, namun tak dapat hadir atas sebab cuaca, Hujan lebat berserta kilat sabung menyabung menghalang saya daripada turut serta. Maafkan saya Don. Jangan jemu menjemput saya lagi, mungkin dilain kesempatan saya dapat hadir.
  4. Dengar khabar Dato' Ketua Bahagian juga akan turun ke majlis, pada malam ini. Selamat menjamu selera Dato'. Sambil-sambil makan tu, sembang-sembanglah cara-cara memperkuatkan lagi UMNO Bahagian Pendang.

Khamis, 9 April 2009

Kabinet Baru DS Najib

Tahniah kepada semua ahli kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi. Pengumuman ini ada yang mengembirakan sesetengah orang dan ada yang mendukacitakan. Walau apa pun perasaan kita, berilah mereka peluang membuktikan bahawa mereka adalah pilihan tepat dan mampu berkhidmat.

Rabu, 8 April 2009

Barisan Kabinet Baru

KUALA LUMPUR, 8 April – Peralihan tampuk kepimpinan teraju Negara telah pun berjalan dengan jayanya dimana Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak telah menggantikan Tun Abdullah Badawi dalam satu proses yang lancar dan tertib.
Namun demikian, semua pihak bukan sahaja penganalisis politik malahan rakyat keseluruhannya menantikan pula barisan kabinet yang akan menjadi pendukung kepada kepimpinan Datuk Seri Najib.
Semua pihak sedar bahawa dengan pelantikan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac dan seterusnya Perdana Menteri pada 3 April lalu akan membawa satu era baru untuk menyuburkan semula perjuangan yang longlai khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Sesungguhnya, kepimpinan yang sebenar sebagai tampuk Negara hanya akan lengkap sepenuhnya apabila selesainya pelantikan dan rombakan kabinet yang akan dibuat. Lantaran itu, pelbagai pihak menantikan kata putus yang akan diumumkan oleh Datuk Sri Najib bagi mengisi barisan kepimpinan dengan perancangan untuk terus memperkukuh dan memperteguh parti.
Tidak kurang juga ada pihak yang mula membuat spekulasi berkaitan hal tersebut dengan menamakan Si Polan dan Si Polan serta kementerian itu dan ini untuk orang-orang tertentu. Sedang pihak media pula terus-terusan memaparkan makluman berkaitan kunjungan ketua-ketua pemimpin parti komponen ke pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Sebelum ini wujud spekulasi bahawa Najib kemungkinan mengecilkan saiz Kabinet dengan beberapa kementerian mungkin digabungkan bagi memastikan keberkesanan pentadbiran baru.
Dalam hal ini, siapa pun yang akan dilantik membarisi Menteri Kabinet di bawah teraju Perdana Menteri, Datuk Sri Najib, pastinya kepimpinan yang ampuh dan teguh diharapkan untuk mengemudi kegemilangan negara di masa hadapan dalam merialisasikan hasrat Misi Nasional dan Wawasan 2020.
Kini terdapat seramai 32 anggota Kabinet dengan 27 kementerian dan hampir dua pertiga anggota Kabinet yang dilantik adalah daripada UMNO, parti komponen terbesar daripada gabungan 13 parti, kerajaan Barisan Nasional.
Antara pemimpin yang telah mengunjungi Perdana Menteri ialah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu; Presiden PPP, Datuk M. Kavies dan Presiden Gerakan, Datuk Koh Soo Kun

Pilihan Raya Kecil – BN Terima Keputusan

TAIPING, 7 April – Calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan majoriti 1,854 undi apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh memperoleh 3,907 undi menewaskan calon PKR, Jawah Gerang yang memperoleh 2,053 undi.
Dalam pilihan raya kecil yang berasingan iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Kedah menyaksikan Pas mempertahankan kawasan tersebut apabila calonnya, Nizar Jamaludin memperoleh 21860 sementara Ismail Saffian mendapat 19071 dengan majoriti 2789.
Sementara calon Bebas, Kamarul Ramizu memperoleh 62 undi dan hilang wang deposit.
Bagi perkembangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah pula, calon PKR, S. Manikumar dengan 12,632 undi menewaskan 14 calon lain termasuk Datuk S.Ganesan dari BN yang memperoleh 10,229 undi.
Calon lain yang bertanding atas tiket bebas ialah Tan Hock Huat (78), Radzi Md Lazim (25), Mohd Fazil Abdul Wahab (83), Abdul Rahim Abu (60), L.Sarala (49), A. Jayagopala (35), S.Moganakumar (46), Khamis Awang (29), Husaini Yaacob (253), M Venason (32), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (528), T. Chandrarajan (73) dan R. Loganathan (31).
Mengulas mengenai kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN, Tan Seri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa BN menerima keputusan tersebut dan akur dengan pilihan para pengundi.
Katanya, cadangan untuk mencari punca sebab-sebab kekalahan tersebut akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan setelah diluluskan akan dibuat dengan segera secara bebas iaitu tidak tertumpu kepada BN sahaja.
Dalam hal ini juga, beliau menolak tafsiran sesetengah pihak kononnya kekalahan tersebut adalah penolakan kepada kepimpinan baru berikutan peralihan kuasa yang berlaku terlalu awal dan tidak boleh dikaitkan dengan keputusan pilihan raya di dua kawasan tersebut.
Bagi beliau, keputusan tersebut bukan satu referendum soal kepimpinan sebaliknya mungkin kerana ‘feel good factor’ soal kepimpinan Perdana Menteri agak baru, dan belum meresap ke dalam jiwa pengundi.

Lirik Lagu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya ... UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Salam Pengenalan

Kemenangan PKR di Bukit Selambau sepatutnya menginsafkan kita, orang Melayu dan khususnya ahli UMNO. Oleh itu, marilah kita sama2 merenung apakah nasib bangsa kita pada masa akan datang. Apakah kita patut menyalahkan bangsa-bangsa lain atas kerosakan kita, atau menerima perubahan yang merosakkan ini kerana ia juga dibawa oleh bangsa kita sendiri. Wassalam.
Catatan:
Kalau ada apa2 cadangan yang membina, saya mengalu-alukan komen anda.