Jumaat, 29 Mei 2009

Kenapa Perlu Menikus?

  1. Selepas BN tewas mengejut di beberapa negeri dalam PRU 12, UMNO khususnya dilihat mengambil pendekatan 'menikus'. Pendekatan ini kononnya perlu dalam usaha mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.
  2. Apakah perlu sikap 'menikus' ini kepada UMNO Pendang?
  3. Pada pendapat saya UMNO tidak kalah, ia masih memerintah Persekutuan Malaysia. UMNO cuma gagal di negeri Kedah, Perak, W.Persekutuan, P.Pinang dan Kelantan. Dan kalau kita mengkaji secara teliti, kekalahan BN kali ini adalah kerana, undi bukan Melayu beralih kepada pembangkang. Jadi kenapa UMNO perlu dipersalahkan, sedangkan parti komponen melepas tangan. Sepatutnya, parti komponen lah perlu membuat perubahan dan bekerja lebih kuat untuk mengembalikan sokongan kaum masing-masing.
  4. Di saat UMNO diperlekehkan, UMNO seharusnya tidak tunduk. Buatlah penampilan yang menyakinkan dan professional. Jangan goyah. Rata-rata orang Melayu masih sayangkan UMNO kalau tidak, kenapa mereka begitu mengambil tahu soal UMNO? Orang UMNO cuma mahu UMNO berubah.
  5. Pendapat saya pula, UMNO adalah UMNO. Perjuangannya sudah jelas iaitu, melindungi kedaulatan Tanah air dan memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan iktisas.
  6. Yang perlu berubah ialah pemimpinnya. Mereka perlu membawa UMNO kepada basic perjuangannya semula. Teras perjuangan UMNO sudah tersedia sekian lama, Iaitu berjuang untuk orang Melayu. Itulah perjuangan yang mulia....

Rabu, 27 Mei 2009

Permintaan Gila Oleh Parti Gerakan

  1. Pengerusi Parti Gerakan P.Pianang Dr Tan Hock Nan, membuat permintaan supaya S/Usaha Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas alasan kemanusiaan. Beliau juga menyeru supaya Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan tanah air.
  2. Apa pendapat tuan-tuan atas permintaan ini?
  3. Sebelum tuan-tuan memberikan ulasan, fahamilah sejarah kemerdekaan kita.

Ahad, 24 Mei 2009

Felda Sungai Tiang Perlukan Pembangunan

  1. 'Indahnya tempat orang, indah lagi kampung sendiri'. Itulah kampung saya, Felda Sungai Tiang. Memang indah! (pada saya).
  2. Diasaskan pada tahun 1959. Usianya kini sudah mencapai setengah abad (50 tahun). Istimewanya felda ini berbanding felda-felda lain di Wilayah Utara, kerana struktur tanahnya yang pamah telah menjadikannya sebuah penempatan yang mudah dihubungi.
  3. Lebih istimewa lagi, felda inilah satu-satunya di Kedah, yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri Kedah atas nama DUN Sg Tiang. Malah ia juga menjadi kubu kuat UMNO, sekian lama.
  4. Oleh kerana manifesto pilihanraya BN membawa agenda pembangunan, maka kita tidak dapat elak daripada membincangkan soal pembangunan disini.
  5. Pada usia yang sudah senja ini, Sg Tiang sepatutnya sudah melalui 'transformasi' hebat, samada pembangunan masyarakat dan juga prasarananya.
  6. Hakikatnya tidak begitu. Kalau tuan-tuan berkempatan turun ke sini, lihatlah sendiri suasana pekannya. Pandang sekeliling, apakah ada perubahan ketara terhadap prasarananya? Untuk pengetahuan tuan-tuan deretan kedai yang ada disini semuanya sudah berusia 50 tahun , sama usia penubuhannya.
  7. Seingat saya, sejak dilahirkan hingga dewasa, itulah yang ada di pekan Sg Tiang. Tidak ada perubahan dan tiada pembangunan ketara di sini.
  8. Persoalan saya, tidak adakah usaha memajukannya? Alasan Sg Tiang tidak boleh dimajukan kerana tiada tanah, sama sekali tidak boleh diterima. Itu, alasan bodoh pada orang yang malas untuk bekerja dan berusaha. Amat meloyakan. Bagi saya, sesuatu pembangunan itu bermula dengan idea, kemudian perancangan dan akhirnya pelaksanaan.
  9. Sepatutnya perlu wujud kerjasama erat antara pengurusan felda dengan wakil rakyat DUN Sg Tiang demi untuk merealisasikan impian ini. Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.
  10. Anehnya kawasan berhampiran felda Sg Tiang kebanyakkan sudah pun berubah, malah lebih maju berbanding Sg Tiang sendiri. Walau pun awalnya, Sg Tiang terlabih dahulu menikmati pelbagai kemudahan asas, tetapi tidak berterusan. Kampung Baru, Kubur panjang malah Titi Akar juga mengalami perubahan lebih pesat. Sedangkan penduduk di felda lebih ramai berbanding dengan kawasan-kawasan tersebut.
  11. Harapan saya, berlaku adil lah kepada Felda Sg Tiang. Jangan hanya waktu pilihanraya pelbagai janji ditaburkan. Selepas beroleh kemenangan, janji tinggal harapan. BN tidak sepatutnya bersikap "habis madu, sepah dibuang". Kerana rakyat melihat dan sedang membuat perbandingan. Kepada pihak-pihak yang berkenaan, pandang-pandang lah kami dibawah. jangan terlalu mendongak, nanti jatuh tersungkur.

Jumaat, 22 Mei 2009

Parti 'keADILan' Rakyat (PKR)

  1. ADIL kah PKR kepada orang Melayu, kalau hak dan keistimewaan mereka hendak dirampas.
  2. ADIL kah PKR krpada orang Melayu, kerana menyokong DAP menyentuh kemuliaan kuasa Raja-Raja Melayu.
  3. ADIL kah PKR kepada orang Melayu, apabila bercadang mengahapuskan DEB yang telah berjasa kerana melahirkan ramai professional dan jutawan Melayu.
  4. ADIL kah PKR kepada orang Melayu, apabila 30% pembahagian ekonomi kepada mereka hendak ditarik balik.
  5. ADIL kah PKR kepada orang Melayu, apabila bercadang meletakkan Timbalan Perdana Menteri ke 2 kepada orang Cina selepas membentuk kerajaan nanti.
  6. Bersetujukah kita bahawa Anwar mendapat terlalu banyak keistimewaan dalam perbicaraan kes liwatnya.
  7. Jijik tak kita bila melihat drama bohong Anwar. Tepuk dada tanya selera.

Selasa, 19 Mei 2009

Sucikah PAS

  1. Kalau kita merenung dasar dan perjuangan PAS dari awal penubuhannya hingga kini, kita dapati mereka, tidak konsisten. Malah 'fatwa' yang dikeluarkan oleh 'ulama-ulama' PAS juga berbeza mengikut masa dan keadaan.
  2. Dan jikalau tuan-tuan masih ingat, di waktu Dato' Asri menjadi Presiden PAS dahulu, mereka enggan bekerjasama dengan UMNO kerana berpendapat UMNO, sudah hilang 'KeMalayuannya". Maksudnya dasar kerjasama antara UMNO dengan MCA dan MIC tidak diterima oleh PAS. Walau pun kerjasama itu, tidak sampai mengadai ketuanan melayu dan mencemar kemuliaan raja-raja Melayu.
  3. Di zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, memimpin PAS pun, kita dapati perjuangan Melayu Islam PAS, masih kukuh. Malah ketika inilah muncul, apa yang dinamakan 'Amanat Hadi Awang'. Dalam amanat ini secara jelas PAS mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam.
  4. Malah Hadi Awang, langsung tidak mempedulikan kesan tindakannya itu telah menyebabkan banyak masjid (perkahwinan) yang sudah lama didirikan roboh, kerana tidak sehaluan parti. Ramai juga pasangan Islam terpaksa menikah semula, kerana tidak sah dinikah oleh imam yang menyokong UMNO. Solat Jumaat dua imam. Malah, pulau memulau kenduri sesama Melayu Islam, masih berlaku sehingga kini. Sembelihan oleh orang UMNO tidak sah dimakan dan banyak lagi kesan terpencil di pedalamam. Dan sudah tentulah kesan yang paling tidak dapat dilupakan dan paling menyayat hati semasa peristiwa 'berdarah' di Memali Baling Kedah.
  5. Semua yang berlaku diatas adalah akibat 'amanat haji hadi'. Apakah Hj Hadi tidak pernah rasa bersalah terhadap perbuatannya itu ?
  6. Sekarang PAS dipimpin oleh Hj Hadi Awang, tokoh yang mengeluarkan 'amanat Hadi Awang' itu. Persoalannya adakah Hadi masih berpegang kepada amanat lamanya ? Kalau tidak, kenapa berubah? Adakah 'fatwa' boleh diubah-ubah mengikut zaman. Kenapa Hadi tidak mempertahan amanatnya, sedangkan beliau adalah Presiden PAS ?
  7. Kenapa pula Nik Aziz, seorang ulama dalam PAS tidak sama-sama mempertahan 'fatwa' Hadi itu sekiranya benar. Kenapa tok guru tidak menangis seperti beliau berdoa supaya UMNO dijahanamkan kerana amanat suci itu tidak dipertahankan.
  8. Jelas PAS bukan parti yang 'suci'. Dia pun melakukan banyak kesalahan yang merosakkan. Perjuangannya adalah perjuangan politik. sama seperti parti-parti politik lain. Islamikkah Kelantan berbanding lain-lain negeri dalam Malaysia?. Sudah 20 tahun memerintah Kelantan, Mana hudud PAS?
  9. Perjuangan berkepantingan ini tidak dapat dibendung lagi oleh PAS. Aksi-aksi hangat Hadi Awang duduk semeja dengan DAP, Nik Aziz boleh berbincang dengan ratu bogel PKR, Muslimah PAS berpeluk dan sambil menangis dengan Elizebath Wong. Orang Cina pun halal membaca Quran. Semuanya boleh dan tidak bersalah kerana PAS yang melakukanya.
  10. Tidakkah dasar berbaik-baik dengan kaum lain tanpa menggadaikan maruah Islam dan hak Melayu sudah lama diamalkan oleh UMNO. Kenapa dulu UMNO dikafirkan kerana sifatnya itu?
  11. Fikir-fikrkan wahai umat Melayu Islam. Jangan sampai Negara tercinta ini tergadai.

'Uniknya UMNO'

  1. Uniknya UMNO Pendang, kerana anggotanya juga ada masyarakat Thai (Siam). Bilangan mereka yang layak menggundi sekitar 6000 oarang. Hampir 80% daripada bilangan ini menjadi ahli UMNO dan mengundi BN.
  2. Selama ini mereka amat setia dengan UMNO.
  3. Jikalau diambil kira kemenangan DUN Sungai Tiang dalam PRU 12 yang lalu, dengan majoriti hanya 3000 lebih, pemimpin UMNO Bahagian patut menyedari sokongan masyarakat Siam ini begitu penting. Mereka penentu majoriti BN. Oleh itu jagan biarkan unsur pembangkang membiak dalaman mereka.
  4. Pemimpin UMNO Bahagian sewajarnyalah melibatkan mereka dalam segala program UMNO, sama ada kecil atau besar. Bukan hanya melibatkan mereka, dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat Siam sahaja, malah program-program yang melibatkan majoriti masyarakat Melayu juga perlu melibatkan mereka. Contohnya program pemimpin UMNO masuk kampung dan sebagainya.
  5. Cara ini boleh membuatkan mereka rasa diterlibatkan dan dihargai. Maksudnya mereka bukan penumpang dalam UMNO.
  6. Amat malang sekiranya kita membiarkan mereka merasa seperti dipinggirkan atau melutut di tepi gantang oleh pemimpin UMNO.
  7. Sedangkan kita sudah pun maklum dalam PRU 13 nanti, PKR akan terlibat di DUN Sungai Tiang. Bayangkan lah apa akan berlaku pada UMNO jika kita terus tidak mempedulikan masyarakat ini. Jangan samapai PKR mendahului kita, nanti putih mata.

Ahad, 17 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pendang, mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru yang bertugas di Daerah Pendang dan seluruh Malaysia amnya. Jasa dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan kepada seluruh anak didik di Pendang tak dapat dibalas dengan segala kekayaan didunia. Hanya Tuhan sajalah yang dapat membalas segala ilmu, yang tuan-tuan telah curahkan.
Sebagai penghargaan, saya perturunkan sebuah sajak, nukilan Usman Awang sebagai hadiah kepada cikgu.

GURU OH GURU
USMAN AWANG



Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG

1979


Jumaat, 15 Mei 2009

Cawangan UMNO Bahagian Mula Mesyuarat

  • Mulai hari ini, cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pendang akan mula bermesyuarat. Bagi sesetangah ahli UMNO menganggap, mesyuarat kali ini tidak berapa penting kerana tiada pemilihan peringkat tertinggi.
  • Sebenarnya ada atau tiada pertandingan peringkat tertinggi pun. mesyuarat kali ini amat penting. Ahli UMNO seluruh Malaysia ingin melihat samada perubahan yang ingin dibawa oleh YAB DS Najib direstui oleh Bahagian-Bahagian UMNO atau tidak. Apakah saranan DS Najib yang mahukan perubahan itu diterjemahkan oleh perwakilan semasa memilih perwakilan bahagian ke Kuala Lumpur nanti ?
  • Sekiranya pemilihan ini masih mengikut 'patern' lama, maknanya UMNO enggan berubah. Kalau masih tidak mahu berubah, rakyat akan marah. Akhirnya UMNO akan kalah.
  • Apa pun keputusan anda, buatlah pilihan terbaik di mata hati anda. Jauhi unsur paksaan gunakan akal fikiran. 'Tepuk dada tanya selera'
- SELAMAT BERMESYUARAT-

Isnin, 11 Mei 2009

Cyber - War

  1. Strategi peperangan dalam pilihanraya, sudah berubah. Sebelum 2004, media utama p.raya adalah seperti poster, bannner, bahan bercetak kertas dan sudah tentu ceramah. Jadi penggundi zaman dahulu terpaksa keluar, untuk mendengar apa-apa penjelasan tentang sesuatu isu yang dibuat oleh parti-parti yang bertanding.
  2. Sekarang, peperangan cara ini tidak lagi digunakan. Terutamannya parti pembangkang. Penggundi tidak perlu kemana-mana. Mereka boleh dikempen walaupun di bilik tidur. Peperangan ini dinamakan Cyber-War atau peperangan maya. Parti-parti yang bertanding tidak perlu lagi menggunakan medium lama, yang membazir. Sebaliknya mereka hanya menggunakan sebuah komputer. Dengan komputer dan laluan internet pelobi parti-parti yang bertanding boleh berhujah dan memberi maklumat kepada penggundi secara terus melalui blog atau website.
  3. Cyber-War, sebenarnya lebih kepada peperangan psaikologi, dimana penggundi akan di momokkan dengan artikel, gambar dan audio yang boleh dipertikai kebenarannya.
  4. Pilihanraya umum 2004, cyber-war menjadi senjata penting parti pembangkang. Mereka mengambil kesempatan kemajuan rakyat Malaysia dalam bidang ICT untuk berkempen. Sekarang lebih 18 juta rakyat Malaysia mempunyai komputer dan boleh mengakses internet. Ini bermakna parti pembangkang mengambil kesempatan berkempen kepada 18 juta orang rakyat Malaysia dengan cara yang murah dan mudah. Tapi berkesan.
  5. Kita juga tahu kumpulan yang mahir dalam penggunaan internet dan komputer ialah golongan muda. Mereka ini sudah lama terdedah dengan komputer dan internet oleh dasar pendidikan kerajaan. Rata-rata mereka ini, adalah penggundi pertama kali di saluran 3&4. Oleh itu, kita boleh bayangkan kenapa, dalam p.raya 2008, saluran 3 & 4 kebanyakkannya menggundi parti pembangkang.
  6. Di Pendang, pemimpin-pemimpin di Bahagian masih belum memikirkan kepentingan peperangan-maya ini. Bilangan golongan muda yang semakin membesar dalam piramid penduduk seolah-olah bukan ancaman dan cabaran kepada UMNO.
  7. Malah kita lupa, bahawa mereka adalah penggundi utama dalam Pru 13 nanti
  8. Sepatutnya pemimpin UMNO Bahagian mengambil kesempatan ini untuk merekrut seramai mungkin anak muda yang mahir dalam komputer dan internet. Melatih mereka, menjadi penulis-penulis blog atau bloggers yang menyokong parti UMNO. Dan kalau boleh, mereka ini dibekal dengan maklumat terkini, dan sahih supaya mereka dapat membalas hujahan salah oleh parti pembangkang.
  9. Oleh itu, saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Pendang, jangan lena, bangunlah, buka mata, lihatlah sekeliling, apakah aset penting dalam percaturan politik kita. Pembangkang suda lama sedar peranan golongan muda. Kita masih menutup mata dan berpegang dengan retorik lama. Tepuk dada tanya selera.

Selasa, 5 Mei 2009

Kedah Kekal Pakatan Rakyat Pru 13: Pandangan Ahli Pas

  1. Di minggu-minggu yang agak santai ini, saya sempat berbicara, tentang politik semasa Negeri Kedah bersama rakan-rakan. Bicara itu sudah tentu, berkaitan Pru 13 akan datang. Sebahagian besar mereka adalah pengundi atas pagar dan ahli PAS.
  2. Berdasarkan perbualan itu, nyata mereka amat yakin, PAS atau Pakatan Rakyat (PR) akan terus berkuasa di Negeri Kedah, tanpa ragu-ragu.
  3. Walau pun pendapat dan pandangan mereka boleh dipertikaikan, namun untuk mendapatkan maklumat saya membiarkan sahaja mereka berhujah.
  4. Hasilnya saya senaraikan dibawah, pandangan rakan-rakan, mengapa UMNO atau BN tidak mampu menawan semuala Negeri Kedah sebagai tatapan ahli UMNO Bahagian Pendang;
  • Pengundi atas pagar belum kembali kepada BN. Contoh, Pilihanraya Bt Selambau masih dimenangi oleh PKR. Sebelum ini Bt Selambau adalah kubu kuat BN.
  • Sokongan orang bukan Melayu terus memihak kepada PR. Janji-janji yang digulakan oleh PKR sukar ditolak oleh bukan Melayu. Contoh, jawatan Timbalan Perdana Menteri, DEB dihapuskan dan sebagainya.
  • Cantas mencantas dalam UMNO masih terus berleluasa. Kalau aku tak dapat jadi calon, aku cantas hang.
  • Tidak ada isu besar semasa pemerintahan PAS di Kedah. Rakyat tidak marah. Rakyat tolak politik pembangunan ala BN. Rakyat menerima hidup cara biasa.
  • Masih ramai kakitangan kerajaan menentang kerajaan. Mereka tidak hirau soal makan gaji dengan siapa, kerana tindakan tegas tidak pernah diambil.
  • Rakyat sudah meluat dan muak dengan BN. Sampai melihat lambang BN pun sudah sakit mata. Rakyat menutup mata dan telinga terhadap penjelasan yang dibuat oleh BN.
    Catatan.
    Adakah UMNO Bahagian Pendang masih mahu terus bercakaran atau lena dalam dakapan?.
    Tepuk dada tanya selera...

Isnin, 4 Mei 2009

Anwar Pecahbelahkan PAS; PR Menuju Kehancuran – Syed Ali

GABUNGAN parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) kini sedang menunju kehancuran apabila taktik jahat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu-domba kepimpinan PAS terbongkar, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
“Pemimpin PAS sudah mengetahui belang Anwar dan saya jangkakan gabungan mereka di dalam PR sedang berada diambang perpecahan,” tegasnya.
Katanya, Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan telah memainkan peranan secara halus memecahbelahkan kepimpinan ulama dalam PAS menjelang Muktamar Agung parti itu Jun depan.
“Anwar cukup licik dan bertindak lempar batu sembunyikan tangan bagi menimbulkan kebencian ahli-ahli PAS kepada Presiden mereka, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan,” tegasnya.
Sehubungan itu beliau mengingatkan, musuh sebenar PAS ialah Anwar yang berselindung disebalik PR dan bukannya UMNO.
Katanya, Anwar juga didakwa telah memperalatkan ahli-ahli PAS yang pro kepada beliau supaya kedudukan golongan ulama dalam hiraki tertinggi kepimpinan PAS dicabar pada muktamar tesrebut.
Menurut beliau, taktik sebegini memang menjadi amalan Anwar sejak menyertai UMNO sehingga disingkirkan daripada parti dan kerajaan apabila terbabit dalam kes liwat dan penyalahgunaan kuasa.
“Ketika memegang jawatan penting di dalam UMNO, dia telah melaga-lagakan kepimpinan parti di semua peringkat sehingga UMNO menjadi berpuak-puak dan berpecah belah,” jelasnya.
Katanya lagi, pertelagahan sesama pemimpin tertinggi PAS gara-gara taktik jahat Anwar membuktikan Penasihat PKR itu hanya mementingkan agenda politik untuk berkuasa.
Syed Ali mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyudin Hassan yang membidas golongan pro Anwar dalam PAS kerana menyalahkan Haji Abdul Hadi dan timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, seperti disiarkan oleh akhbar-akhbar harian hari ini.
“Mengapa pertikai presiden dan timbalan presiden sahaja, kenapa tidak pertikai Anwar sedangkan dia turut terlibat dalam hal ini,” kata Takiyuddin sambil menjelaskan cadangan kerajaan campuran turut diputuskan oleh pakatan parti-parti pembangkang dan bukannya dari PAS sahaja.

Catatan
Dasar Anwar dan Barat sama saja "pecah dan perintah"

Jumaat, 1 Mei 2009

Perpaduan Menuntut Keikhlasan

  1. Dimana silapnya kita, dikala UMNO ditekan dengan pelbagai tuntutan yang melukakan oleh kaum lain, ahli UMNO tak habis-habis dengan pertelingkahan dalaman yang berpanjangan dan membosankan.
  2. Ikrar dan laungan semangat mahukan perpaduan hanya retorik dan rekaan. Setelah beberapa bulan selesai pemilihan, UMNO Bahagian masih bergelut untuk memulihkan persaudaraan. UMNO Bahagian sepatutnya sedar dan insaf pemilihan mereka bukan tunjukkan glamour semata. Masyarakat menuntut perkhidmatan yang mampu disumbangkan.
  3. Malam semalam UMNO Bahagian bermesyuarat bulanan. Seperti biasa majoriti AJK mahukan peperdauan. Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Abd Razak Khamis, bahawa UMNO perlukan "semangat baru dan nafas baru dalam perjuangan". Bagi saya perjuangan cara lama sudah ditolak masyarakat. Mereka rimas dan meluat melihat lagak ahli politik bahagian yang suka menunjuk-nunjuk kekayaan, sedangkan parti lawan yang berkhidmat ala kekampungan lebih mendapat perhatian.
  4. Saya juga kagum dengan Cg Det, semangat UMNOnya sangat tinggi. Hanya mati saja boleh memisahkannya dengan perjuangan UMNO. Ini baru betul-betul perjuangan.
  5. Malangnya perubahan itu amat menuntut keikhlasan. Ianya bukan kata-kata manis yang mengelirukan. Masih ada lagikah keikhlasan dikalangan AJK UMNO Bahagian Pendang? Tepuk dada tanya selera.