Sabtu, 31 Oktober 2009

MCA Tidak Berganjak

MCA tidak akan berganjak daripada pendiriannya yang mahu sekolah pelbagai aliran diteruskan di negara ini meskipun ada pihak mencadangkan sekolah satu aliran dilaksanakan bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekolah pelbagai aliran yang diamalkan di negara ini sejak kemerdekaan adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ia merupakan satu perkara yang menjadi realiti di negara ini.

“Kita tidak ada masalah untuk menerima apa jua usaha untuk memupuk perpaduan nasional di kalangan pelajar termasuk Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), perkhemahan 1Malaysia dan sebagainya.

“Oleh kerana kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil memang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, maka ia sepatutnya dikekalkan malah sistem pelbagai aliran harus diberi ruang untuk diperkembangkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) Pemuda MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat sepakat dengan pelaksanaan sekolah satu aliran yang dicadangkan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Menurut Ka Siong, sekolah pelbagai aliran tidak boleh sama sekali dianggap sebagai penghalang kepada perpaduan nasional kerana ia tetap berteraskan nilai-nilai sejagat dan berpandukan kurikulum bersepadu yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, usaha memupuk perpaduan nasional bukan berkisar faktor pendidikan sahaja walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa hanya sekolah satu aliran sahaja boleh merealisasikan usaha tersebut.

“Aspek lain yang juga harus diberi tumpuan dalam memupuk perpaduan nasional adalah penerimaan masyarakat pelbagai kaum terhadap adat dan cara hidup sesama mereka serta cara pergaulan dalam kehidupan seharian seperti semangat kejiranan,” katanya.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.

Menurut beliau, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

Ulasan Saya:

Jelas, hanya orang Melayu sahaja yg memikirkan soal perpaduan kaum, dan sanggup berkorban bahasa dan negara kepada kaum2 lain di Malaysia. Dalam dunia ini hanya Malaysia sahaja membenarkan minoriti memiliki sekolah sendiri dan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Pada masa yang sama pakar2 bahasa mahu rakyat mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Adakah akan berjaya, dengan cara anak2 kecil dididik mencintai dan menghargai bahasa ibunda masing2? Jawapannya pasti tidak. Mana mungkin, kanak2 yg diasuh dengan sikap kiasu, mahu menerima perubahan bila dewasa nanti.

Setahu saya merekalah menjuarai penghapusan PPSMI tidak lama lagi. Sekarang, kenapa tidak mahu menjadi jaguh mendesak kerajaan mengwujudkan sekolah satu aliran? Masalah Perlembagaan? Iannya boleh diubah, jika kita mahu berubah.

Kenapa Thailand dan Indonesia lebih mampu melahirkan warga negara tulen? Menghargai negara tumpah darah mereka dan menghargai bahasa kebangsaan mereka. Kenapa di Malaysia setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan masih ada warga negara tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Bercakap dengan petah dan lancar. Hingga sekarang, kaum Cina dan India lebih mendaulatkan bahasa ibunda berbanding Bahasa Kebangsaan.

Kenyataan bahawa program2 yg ada sudah cukup utk mengwujudkan suasana perpaduan di kalangan murid dan pelajar sekolah, adalah kenyataan yg sangat lemah. Mereka tidak langsung turun dan memerhati perlaksanaannya di sekolah2. Apa yg kita maklum program yg dibuat itu sekadar melepaskan batuk ditangga, tiada kesungguhan dan tiada pengisian. Pelajar pun faham program seumpama itu sekadar memenuhi masa terluang selepas peperiksaan.

Sekiranya mereka ikhlas, akuilah sudah sampai masanya anak2 Malaysia duduk belajar di satu tempat yg sama, menggunakan bahasa yg sama berkongsi tandas yg sama dan sbgnya. Buanglah sikap kiasu yg melampau. Masih mahukah mengekalkan sistem pendidikan yg ditinggalkan penjajah, sedangkan kita sudah lama merdeka.

Rabu, 28 Oktober 2009

Prihatin Kesengsaraan Golongan Miskin 'Urban'

MAJLIS akikah putera sulung saya, Fahd Al-Warith baru-baru ini memaksa saya memikirkan sejenak perihal pembiayaan dan tanggungjawab membesarkan anak seperti mana yang dituntut agama. Ternyata ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah.

Sesekali menghimbau masa lampau, emosi saya sedikit tersentuh mengenangkan diri sendiri yang sebenarnya tidak pernah 'diakikahkan' ketika seusia dengan Fahd. Entahlah. Barangkali, ia terlalu mahal untuk diadakan oleh ibu dan arwah ayah dahulu tatkala kami sekeluarga masih dihimpit suasana kemiskinan.

Justeru, apabila menganalisis intipati Bajet 2010, sedikit sebanyak saya merasa lega kerana kesengsaraan akibat kemiskinan urban nampaknya diberi perhatian oleh kerajaan. Sememangnya menjadi harapan segenap lapisan rakyat, bahawa iltizam pemerintah untuk menjaga kemaslahatan rakyat akan terus-terusan diterjemahkan kepada realiti, seperti mana yang telah ditunaikan sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, sejajar dengan laungan 'rakyat didahulukan'.

Dalam masa kerajaan sedang berusaha ke arah sasaran 'sifar miskin tegar', sudah tentu permasalahan kemiskinan urban ini tidak boleh dipandang sepi. Kita tidak mahu menjadi seperti beberapa negara maju, tetapi rakyatnya di bandar menghadapi masalah kewangan yang mendesak seperti di Singapura. Malahan, di Amerika Syarikat sendiri, 'kaya' dengan gelandangan yang melarat dan hidup di jalanan gara-gara kos kehidupan yang tinggi.


Pengalaman Sendiri

Saya sebenarnya menzahirkan kesedaran ini atas pengalaman hidup saya sendiri yang bermula dengan kesusahan. Sekalipun susur galur keturunan kami daripada keluarga aristokrat, pemergian arwah ayah ketika saya berumur 4 tahun merupakan suatu tamparan hebat untuk ibu dan keluarga meneruskan kehidupan di tengah-tengah bandar Johor Bahru.

Gaji arwah ayah sebagai seorang guru pada tahun 1970-an sebanyak RM1,000 agak tinggi tetapi pencen selepas kematian hanyalah RM275 sebulan sehinggalah beberapa tahun lalu, yakni di bawah garis kemiskinan negara iaitu RM500. Dengan kos makanan dan pengangkutan bersekolah yang mencecah hingga lebih dua ratus ringgit, menabung sememangnya bukan sesuatu yang dapat kami lakukan. Apatah lagi untuk bersenang-senang, berbelanja itu dan ini. Terma 'mewah' terlalu asing dalam kehidupan kami.

Bagi saya dan kakak, kalau berhari raya pun, itulah masanya untuk bersiar-siar melihat hiasan lampu jalanan di bandar Johor Bahru pada waktu malam kerana dapat menumpang kereta saudara mara yang singgah untuk beraya bersama. Mujur juga kami semua diberi kesihatan dan tiada keperluan untuk menjalani kos perubatan tinggi ketika membesar.

Bayangkanlah betapa payahnya untuk hidup di 'hutan batu-bata'. Kos kehidupan pula tinggi kerana rata-rata kos barang dan perbelanjaan di Johor Bahru dipengaruhi oleh permintaan tinggi rakyat Singapura yang membeli-belah di situ.

Namun, atas tekanan ini saya mencari jalan untuk merubah nasib. Kemudahan belajar diraih. Sebagai anak Johor, kerana kecemerlangan akademik dan kepimpinan rendah serta menengah, saya memperolehi biasiswa Dato' Onn semasa menuntut di English College dan Sekolah Agama Rakyat di Johor.

Tidak hanya di situ, saya terus dibiayai oleh Yayasan Pelajaran Johor semasa menduduki diploma. Kemudian, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menukarkan pembiayaan pinjaman pembelajaran saya di England yang bernilai hampir ratusan ribu (bukan ratusan juta seperti dicetak Utusan Malaysia) kepada biasiswa atas kecemerlangan akademik.

Anak-anak miskin lain seperti saya berusaha tanpa insentif seperti rakan-rakan sekelas yang merupakan anak-anak keluarga berada yang diberi habuan oleh ibu bapa mereka untuk ke Disneyland dan Universal Studio apabila mendapat keputusan peperiksaan cemerlang. Usah Disneyland atau Universal Studio, pagar Zoo Singapura pun tidak dapat saya jenguk walau secemerlang mana pun keputusan peperiksaan saya.
Kami diasuh agar berusaha sendiri bukan untuk mendapat habuan tetapi untuk merubah nasib kehidupan keluarga masa hadapan.

Tanpa kuasa Allah, usaha gigih dan bantuan dari kerajaan Barisan Nasional (BN), saya belum tentu berdiri di mana saya berada kini. Itu pun, yang peliknya, masih ada yang lupa daratan dan mencadangkan kepada kerajaan agar menarik 'keistimewaan' bagi membantu anak-anak Melayu! Tidak dapatlah saya bayangkan kalau kemudahan ini benar-benar diambil. Jawabnya nanti, yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya.


Miskin 'Urban' vs Miskin Pedalaman

Permasalahan miskin bandar banyak perbezaannya daripada masalah kemiskinan di pendalaman. Bukanlah saya mahu memperkecilkan isu kemiskinan di luar bandar, namun kalau di kampung, kita setidak-tidaknya masih boleh bercucuk tanam dan mengail ikan untuk mencari sesuap makanan halal.

Di bandar sebaliknya, masyarakat dihambat dengan pelbagai kos kehidupan. Dengan suasana ekonomi yang tidak menentu kini, peningkatan pelbagai kos barangan mungkin tidak dapat dielakkan. Atas kesedaran dan pengalaman, saya menyeru keprihatinan kerajaan terhadap isu kemiskinan urban digandakan lagi.

Sementara itu, rakyat pula tidak boleh terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang telah berusaha sehabis baik. Kita juga mesti berusaha merubah nasib sendiri dan bersikap rasional bahawa kerajaan mengalami defisit tahun ini kesan daripada kejatuhan ekonomi global. Jadikan hidup ini suatu cabaran dan tanggungjawab yang mematangkan kehidupan dan ia mesti diatasi dengan semangat waja.

Selama ini saya terpaksa memberanikan diri menempuh seorang diri pelbagai cabaran mendatang. Mujur hati kecil saya sudah berkembang subur dan mekar dengan menerima hakikat bahawa, "Kita mesti matang atas tanggungjawab kita di masa hadapan, bukan atas pengalaman kita masa silam".

Dipetik Dari Blog Sahabat Saya: www.ferizomar.blogspot.com

Selasa, 27 Oktober 2009

DUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun Wakil Rakyat

KOTA BAHARU 27 Okt. — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dinaikkan selepas kali terakhir ia dinaikkan pada 2004.

Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 anggota dewan, termasuk enam anggota pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, hari ini.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata, kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda. - Bernama

Ulasan Saya:

Tahniah kepada wakil2 rakyat di Kelantan, kerana berani menaikkan elaun mereka dimasa kakitangan kerajaan yg lain tidak diberi bonus pun tahun ini. Dengan laporan pendapatan kewangan negeri yg begitu buruk mereka masih boleh menaikkan elaun wakil rakyat. Hebat, hebat.

Nik Aziz berundurlah sebelum dikutuk - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memahami bahawa kepimpinannya telah mula ditolak sama ada dari dalam mahupun luar parti yang memerlukan beliau berundur segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagi semua pemimpin politik, akan tiba masanya untuk berundur demi memastikan legasi pemerintahan mereka dikenang secara baik.

"Jika Nik Abdul Aziz memilih untuk tidak mendengar atau masih mahu berpegang kepada kuasa, ada kemungkinan beliau akan mula dikutuk masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau memberikan nasihat itu berdasarkan pengalamannya semasa aktif dalam politik dahulu.

Justeru, menurutnya, beliau sendiri telah berundur ketika gesaan ke arah itu mula timbul.

"Sebelum orang mula berkata 'hey, orang tua ini bila dia nak pergi', sebelum orang kata macam itu, maka berundurlah kerana masa itu orang akan ingat kita.

"Kalau tunggu sampai orang 'tendang' kita, masa itu orang akan kata benda-benda yang teruk-teruk, nasib baiklah saya cukup pada masanya (berundur)," katanya.

Nik Abdul Aziz menyertai Pas pada 1960 sebagai ahli biasa dan menjadi Ahli Parlimen Hilir Kelantan pada 1967.

Jawatan Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan pula dipegang beliau bermula pada tahun 1995 sehingga kini.

Nik Abdul Aziz beberapa hari lalu menulis dalam blognya meminta diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membersihkan parti daripada 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah.

Pemimpin berkenaan disifatkan beliau sebagai bersikap prokerajaan perpaduan.

Campur tangan para pemimpin Pas yang lain kemudiannya membawa kepada persetujuan agar cadangan itu diganti dengan Mesyuarat Khas Pas Pusat.

Mengulas mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas yang dikatakan menjadi punca Nik Abdul Aziz menulis mengenai pembersihan dalam partinya, Dr. Mahathir berkata, usaha untuk bersatu boleh dilakukan.

Namun pada Dr. Mahathir perkara itu agak sukar untuk dilakukan kerana untuk bersatu kedua-dua parti itu perlu bersatu dan ada prinsip yang sama.

Dipetik dari; Utusan Malaysia.

Anak Peneroka Penerima Anugerah Eno Asia.


BALING 26 Okt. - Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Felda Teloi Kanan, Mohd. Khairul Effendy Che Wan terpilih menerima Anugerah Emas Environment OnLine (ENO) Asia pada November ini.

Lebih menarik, Mohd. Khairul turut terpilih menerima satu lagi anugerah iaitu Anugerah Belia ENO Malaysia.

Anak peneroka Felda Teloi Timur ini dipilih oleh badan antarabangsa itu kerana penglibatannya dalam aktiviti alam sekitar termasuk penanaman pokok dan kajian kualiti air yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pengetua SMK Teloi Kanan, Noriah Bahari berkata, kejayaan pelajar itu bukan sahaja mengharumkan nama sekolah malah negara amnya.

''Mohd. Khairul baru sahaja menerima anugerah khas kokurikulum dan pelajar terbaik kokurikulum peringkat negeri beberapa hari lalu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, pemilihan pelajar itu dimaklumkan sendiri oleh ENO Antarabangsa berpejabat di Finland melalui emel semalam.

ENO adalah badan antarabangsa yang bergiat aktif dalam aktiviti alam sekitar yang mempunyai keahlian di 122 buah negara.

Pada April lalu, Mohd. Khairul bersama dua lagi rakannya berjaya memperoleh tiga pingat emas pada Festival Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Joenssu, Finland.

Noriah berkata, Mohd. Khairul turut terpilih mewakili negara pada Ramsar Eco-Camp Asia di Joenju, Korea tahun lalu.

Tambahnya, kejayaan anak peneroka itu menjadi pembakar semangat kepada ramai lagi pelajar khususnya ahli Kelab Pencinta Alam sekolah itu yang aktif dalam aktiviti alam sekitar.

Mohd. Khairul bersama dua rakannya juga adalah penerima Anugerah Belia Remaja Kebangsaan bagi kategori sains dan Teknologi bagi tahun ini.

Sementara itu, Mohd. Khairul ketika ditemui gembira dengan pengiktirafan badan dunia tersebut.

Menurutnya, walaupun datang dari sekolah luar bandar, namun penglibatannya dalam aktiviti alam sekitar mendapat penghargaan dari luar.

''Kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi pencetus semangat kepada rakan-rakan lain dari Kelab Pencinta Alam sekolah ini," ujarnya.

Dia yang juga Ahli Kelab Radio Amatur pernah mengambil bahagian dalam sidang video antara benua melibatkan Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Malaysia sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun lalu.

Ulasan Saya:

Tahniah kepada Mohd Khairul Effendy Che Wan, kejayaan anda benar2 membanggakan saya dan ramai lagi warga Felda seluruh Negara. Kejayaan anda juga membuktikan Felda mampu melahirkan modal insan berkualiti dan berketrampilan.

Kepada anak2 felda yg lain, jadikan Mohd Khairul sebagai contoh. Ciptalah kejayaan yang membanggakan kami.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Sekat Kemunculan Broker Kuasa Di Peringkat Bahagian Dan Negeri

Pindaan perlembagaan UMNO, terutama sekali mengenai kaedah baru pemilihan pucuk pimpinan parti dilakukan di peringkat cawangan, yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO semalam adalah perubahan yang perlu dilaksanakan dengan segera.

Ia akan memperbaiki kelemahan organisasi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti. Jika tidak UMNO akan terus dibelenggu oleh gejala politik wang dan akan kehilangan wibawa serta integritinya.

Perubahan ini perlu juga dilaksanakan dengan cekap, secara sistematik, dan lengkap dengan regulasi dan prosidur pencegahannya supaya kaedah baru ini pula tidak menimbulkan fenomena kelemahan yang baru di dalam parti.

Satu fenomena baru yang boleh wujud daripada kaedah pemilihan yang baru ini adalah perilaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan/atau Ketua UMNO Bahagian yang akan bertindak sebagai broker kuasa untuk menentukan calon manakah yang perlu disokong oleh warga UMNO akar umbi.

Ketua Perhubungan dan/atau Ketua UMNO Bahagian boleh menggunakan kuasa mereka dan menjual kuasa itu kepada calon-calon yang sanggup merasuah mereka.

Setelah dirasuah, Ketua Perhubungan dan/atau Ketua UMNO Bahagian terbabit pula akan menggunakan kuasa mereka untuk menekan warga UMNO cawangan supaya memilih calon pilihan Negeri atau Bahagian.

Jika ini berlaku, demokrasi tiada maknanya, Ketua Perhubungan dan/atau Ketua UMNO Bahagian akan menjadi broker kuasa dan gejala politik wang yang dulunya berleluasa di kalangan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO akan berlaku pula secara meluas di peringkat Negeri dan/ atau peringkat Bahagian.

Gejala ini boleh berlaku jika kaedah baru pemilihan pucuk pimpinan UMNO ini tidak diurus dengan baik dan tidak pula digandingi dengan regulasi serta prosidur untuk mencegah penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Perhubungan dan/atau Ketua Bahagian.

Di sinilah sendi kelemahan paling utama kepada kaedah pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang baru diluluskan. Masalah ini perlu diatasi menerusi peraturan dan prosidur yang ketat. Peraturan serta prosidur ini pula perlu dikuatkuasakan dan dipantau secara bersih, cekap, dan amanah.

Dengan cara ini amalan rasuah sistemik dalam UMNO akan terhapus dan pengamal serta penerima rasuah sistemik ini pula akan terpinggir dengan sendirinya.

Hanya dengan ini sahaja akan tercipta satu norma,nilai serta budaya baru dalam UMNO yang kemudiannya menjadi pemacu serta pemangkin kepada kewujudan tamadun politik baru di tanah air tercinta ini.

Ubah Imej Dan Penampilan- Demi UMNO.

  1. Imej dan penampilan sangat penting sebagai pemimpin. Pemimpin yang bijak biasanya mampu membaca imej yg disukai dan diterima rakyat. Bukan memaksa rakyat menerima imej dan penampilannya. Ingat, pemimpin bukan artis, walau pun kedua2nya sangat pentingkan publisiti. Pemimpin sejati, tidak perlu dilihat sebagai ahli koperat atau kontraktor. Imej ini lagi bahaya.
  2. Masa lalu, pemimpin mestilah digeruni. Ketika itu, rakyat tidak pernah mahu mempersoalkan cara kepimpinan mereka, dan pemimpin biasanya diletakkan pada taraf yang lebih tinggi dan dihormati. Pemimpin sendiri pun ketika itu, bertindak sebagai pemimpin dalam ertikata yang sebenar. Merekalah sebagai imam, pendamai dan tempat penyelesaiaan masalah.
  3. Demi kelangsungan UMNO, saya menyeru Pemimipin peringkat tertinggi dan kepimpinan UMNO Bahagian Pendang khususnya, agar tuan2 menampilkan imej yang betul dan diterima masyarakat .
  4. Buang imej cermin mata hitam sangkut atas kepala, watak pemuda seperti 'bouncer' dengan gelang besi di tangan, bersubang dan berjalan terhinggut2 macam negro Amerika, puteri yang berambut 'blonde', memakai cincin batu penuh jari. Dan tak terkecuali imej 'stereotype' wanita UMNO, dengan sanggul besar tempayan, rantai labuh penuh di dada ala2 mami jarum dan sebagainya yang kurang disukai oleh masyarakat Melayu kini.
  5. Tampilkan semula imej Melayu sejati, seperti matang dalam tuturkata, menghormati orang2 tua, berbudi bahasa dan berpekerti mulia. Dan yang terpenting UMNO mestilah menampilkan imej bijaksana, berketrampilan dan intektual.
  6. Sekiranya pemimpin2 sayang pada UMNO, berkorbanlah. Tampilkan imej yg ideal dengan masyarakat yang tuan2 wakili. Insyaallah UMNO akan didekati kembali.

Khamis, 22 Oktober 2009

Hangat-Hangat Tahi Ayam

  1. UMNO sudah pun mengalami fasa perubahan terpenting dalam sejarah penubuhannya, iaitu dengan membuat Pindaan Perlembagaan parti, baru2 ini. Pindaan ini dilihat sebagai satu langkah yg sangat radikal dan berani oleh Presiden dan Timbalan Presiden . Menerusi pindaan tersebut jawatan tertinggi parti kini, boleh dicabar sesiapa saja yg merasakan dirinya layak. Maksudnya jawatan Presiden dan Timb Presiden, tidak lagi kebal.
  2. Pindaan juga bertujuan menghapuskan permainan 'politik wang', oleh pemimpin UMNO yg 'gila kuasa'. Kerana pemimpin yg dipilih melalui 'politik wang', bukanlah pemimpin sejati. Mereka tidak tahan diuji, mudah menggelabah, tiada keyakinan diri, bodoh dan tidak boleh diharap menjaga negara.
  3. Adat kata, UMNO sudah pun berubah selepas pindaan ini. Bagaimanapula dgn ahli UMNO? Sanggupkah kita mengubah diri kita selari dengan tuntutan perubahan yg kita laungkan dan sudah pun dipersetujui ini. Bolehkah kita berlaku jujur semasa pemilihan pemimpin nanti, dengan memilih calon yg benar2 mampu dan berkualiti serta memenuhi standard KPI sebelum memberi undi?
  4. Sanggupkah ahli2 parti, ketua2 cawangan, para perwakilan dan ketua2 bahagian menolak pemberian duit2 saguhati, duit kopi, duit poket, duit belanja dan tah apa2 jenis duit lagi sebagai tukar ganti undi?
  5. Tepuk dada tanya selera. Untuk berubah, UMNO menuntut keikhlasan ahli2nya. Hormatilah perubahan yg kita laung2kan sebelum ini. Jauhi perumpamaan 'hangat-hangat tahi ayam'. Jangan sampai parti kita dipersendakan atau masyarakat menilai semula sokongan mereka. Maka punahlah segalanya.
  6. Jikalau ahli UMNO sanggup meninggalkan amalan dan perbuatan lama, saya yakin UMNO akan kembali semula di persada.

Anwar Tewas Lagi







PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal meneruskan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar. Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007 yang membatalkan samannya terhadap Dr. Mahathir yang menuduhnya seorang homoseksual pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005.

Dengan keputusan ini, bermakna mahkamah tersebut tidak akan mendengar rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dijadualkan pada 2 November ini.

Hakim Abdul Malik turut menolak dengan kos permohonan Anwar untuk lanjutan tempoh masa bagi membolehkannya memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa Melayu.

Dalam permohonan membatalkan rayuan Anwar yang difailkan pada 2 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa, terdapat beberapa kecacatan dalam memorandum rayuan menyebabkan rekod rayuan tidak sempurna dan tidak boleh diperbaiki.

Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah, antara kecacatan tersebut ialah Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu.

Memorandum tersebut juga, katanya, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.


Ulasan Saya : Anwar tewas lagi kepada gurunya Tun Mahathir untuk kali ketiga berturut-turut. Anwar Ibrahim tewas kepada Mahathir buat pertama kali pada tahun 1998 - apabila beliau secara terang-terangan cuba memburukkan imej Presiden UMNO melalui isu kronisme dan nepotisme yang dicanang oleh juak-juaknya pada ketika itu, hal ini termasuklah dengan penglibatan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada ketika itu - namun demikian, usaha tersebut menemui kegagalan. Anwar tewas buat kali kedua kepada Mahathir dalam pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 apabila mendakwa bahawa beliau dianiaya dan difitnah serta terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkannya dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Dengan melakukan demontrasi serta menjadikan masalah peribadinya sebagai masalah nasional dan rakyat jelata - Anwar cuba menjatuhkan Mahathir melalui peti undi dan saluran demokrasi - sekali lagi sejarah membuktikan Anwar tetap gagal! Dan kita - untuk kali ketiga, Anwar tewas, dan pada kali ini usaha untuk mengheret Mahathir ke kancah muflis melalui undang-undang dan mahkamah menemui kegagalan - maka, apakah kita semua masih tidak dapat melihat wajah kebenaran lagi? Anwar tetap berdegil mendakwa bahawa beliau berada di pihak yang benar, tetapi hampir semua tanda yang telah Allah berikan kepada kita menunjukkan sebaliknya. Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

Dipetik dari blog Azli Shukri.

Malaysia Tempat Ke 11 Destinasi Pelancongan Dunia

PULAU PINANG 20 Okt. - Malaysia menduduki tempat ke-11 sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia dengan 17.4 juta pelancong dalam tempoh Januari hingga September lalu mengikut senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO).

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, kedudukan tersebut iaitu satu tangga di bawah Mexico yang banyak menerima kunjungan pelancong Amerika Syarikat (AS), adalah sesuatu yang perlu dipertahan dan dipertingkatkan.

Menurutnya, jumlah pelancong juga meningkat 6.6 peratus berbanding tempoh sama pada 2008 yang mencatat ketibaan 16.3 juta kemasukan pelancong.

Yen Yen berkata, kemasukan pelancong dari negara Asia Tengah seperti Ukraine, Khyrgistan dan Rusia mencatat peningkatan ketara selain kemasukan memberangsangkan dari China, Asia Barat, Australia dan Eropah.

Menurutnya, penerbangan langsung dari Asia Tengah mulai tahun depan dijangka merancakkan lagi kemasukan pelancong dari rantau itu.

Ulasan Saya:
Menjadi pertanyaan saya, mengapa orang kita tidak tahu menghargai negara sendiri? Sebaliknya orang luar begitu menghargai dan menyukai negara kita. Jumlah mereka yg mengunjungi negara kita amat besar bilangannya, dan meningkat sepanjang masa.

Oleh itu kita menyeru, kepada sesiapa yg tidak tahu menghargai Malaysia sebagai negera tercinta, maka berambuslah anda dari sini. Pilihlah mana2 negera yg anda sukai dan ingin cintai. Jangan hancurkan bumi kami. Malaysia hak kami....

Selasa, 20 Oktober 2009

Pendang Tuan Rumah Pelancaran Askar Wataniah 4 Parlimen Peringkat Neg Kedah.

Saya berasa sungguh bertuah kerana UMNO Parlimen Pendang, telah dipilih menjadi tuan rumah majlis 'Pelancaran Askar Wataniah Parlimen Peringkat Negeri Kedah' pada bulan November nanti. Perasaan gembira ini menjadi ubat yg cukup berharga, setelah penat lelah saya mengelola pengambilan ahli yg terdiri dari golongan muda selama 4 minggu berturut2 sampai ke penghujungnya.

Menurut laporan yg saya terima dari pihak tentera, pemilihan ini juga adalah berdasarkan kesungguhan Pendang merekrut paling ramai golongan belia menjadi askar simpanan wataniah. Tahniah warga Pendang kerana berani menyahut cabaran.

Disamping itu, kepada ahli2 yg layak menjadi anggota pasukan simpanan wataniah, nombor keanggotaan mereka akan diberikan tidak lama lagi. Menurut sumber pihak tentera lagi, hanya 2 orang saja ditolak, kerana kesalahan teknikal dan 10 orang lagi ditolak kerana belum cukup 18 tahun. Walau bagai mana pun permohonan ini tidak ditolak terus, kerana borang ini akan diproses semula bila mereka mancapai umur 18 tahun nanti.

Besar harapan kita supaya Pendang juga dijadikan pusat aktiviti latihan dan kursus bagi askar simpanan Wataniah Negeri Kedah.

Syabas Pendang.

Ahad, 18 Oktober 2009

Untungnya Bersatu Dalam Senyap

Dipetik dari blog: Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Pergolakan yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk. Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat bertahan di Pulau Pinang? Jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN, akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12. Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap menang besar di kawasan majoriti yang diwakilinya.

Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia tetap dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk mengaburi mata kita.

Kita jangan tertipu dengan permainan silap mata mereka. Kemunculan beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis. Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini, sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat! Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru, janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak tertipu.

Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang keputusan tersebut.
Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain. Pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.

Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap? Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.

Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi, pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilai.

Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.

Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak. Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Saya tidak yakin selepas ini BN akan berjaya untuk merampas kembali Pulau Pinang dan mungkin negeri lain yang telah terlepas, kerana parti ultra kiasu ini telah berjaya menyusun strategi yang mantap dan berjaya ‘mencairkan’ orang Melayu dengan gaya urus tadbir Umar Abdul Aziz dan slogan amar makruf nahi mungkar. Jika Melayu telah ‘cair’ maka tidak susahlah untuk mendapatkan kemenangan, sebab undi yang diperolehi telah solid.

Amat malang sekali parti-parti Melayu Islam hari ini, usahkan bersatu dalam senyap, perpecahan mereka ibarat berpatah arang berkerat rotan. Jalan damai teramat jauh. Mereka ibarat bercerai talak tiga. Tidak ada lagi rundingan. Rela mencari pasangan baru walaupun tidak sehaluan. Jika mahu rujuk semula sekalipun, terpaksa melakukan kahwin secara Cina buta. Rugi sungguh orang Melayu, mereka yang bercerai dan berpecah, Cina juga dapat nama dan sahamnya.

Jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Memenuhi segala tuntutan dan desakan mereka untuk mendapatkan semula kepercayaan dan undi? Jawapannya memang sukar untuk diberikan, tetapi tidak mustahil. Umat Islam mesti bersatu supaya menjadi kuat. Bila kita kuat, maka susah juga orang lain pijak kepala kita. Masalahnya hari ini kita lemah, dengan sebab itu kaduk naik junjung.

Pilihan raya kecil Bagan Pinang, bukanlah satu ukuran untuk kita mengatakan bahawa BN telah berjaya memenangi hati Cina dan India. Banyak faktor lain yang perlu kita kaji. Jangan terlalu syok sendiri sebab nanti kita juga yang rugi. Apa yang penting sekarang ini ialah mencari jalan bagaimana kerajaan perpaduan boleh diwujudkan. Bagaimana hendak menyatukan antara UMNO dan PAS, kerana tonggak kekuatan Melayu Islam bergantung kepada dua parti politik ini.

Lupakanlah PKR buat sementara waktu. Sebenarnya parti ini tidak sekuat mana jika PAS tidak bersama mereka. Walaupun ia diterajui oleh orang Melayu, tetapi Melayu tetap rugi kerana di situ ada kumpulan ultra kiasu. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Beruntungkah Islam dan PAS berada dalam pakatan itu? Saya yakin, jika PAS beralih arah, pakatan akan tersungkur dan akan kalah di mana-mana sahaja tempat yang ditandingi.

Saya masih boleh meramalkan orang Melayu PKR akan kembali kepada UMNO suatu hari nanti seperti yang kita lihat lompatan demi lompatan yang berlaku. Hari ini mereka gah kerana dendam telah terbalas, ultra kiasu bersama mereka. Persoalannya, terbelakah Islam dan Melayu, jika Melayu memerintah sekalipun? Jawapannya, Melayu tetap rugi di Selangor. Pendek kata, di manapun Melayu memerintah, mereka tetap rugi sebab mereka bercerai talak tiga dan tidak bersatu dalam senyap.

Saya jarang sekali melihat insiden-insiden buruk berlaku apabila berlaku pertembungan antara calon-calon Cina dengan parti ultra kiasu dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Berbanding dengan apabila berlaku pertembungan antara parti-parti politik Melayu. Kita selalu dengar, ada yang pecah kepala, dibaling batu/botol dan berbagai-bagai lagi. Rupa-rupanya kita berpecah luar dan dalam, sanggup putus saudara. Masih jauh untuk bersatu dalam senyap.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Happy Deepavali

HAPPY DEEPAVALI TO ALL MALAYSIAN INDIAN COMMUNITY READERS OF THIS BLOG!

Membangun Bersama UMNO

  1. Hampir 1 dekad Parlimen Pendang dibawah penguasaan PAS, sejak itu jugalah program pembangunan hampir 'zero' disini. Persoalannya mengapa warga Pendang suka dikuasai oleh Pas? Apa istimewanya Pas, kalau dibandingkan dengan UMNO?
  2. Sekarang seluruh Kedah dikuasai Pas. Rakyat sepatutnya dapat menilai dan membuat perbandingan. Bagus benarkah pentadbiran Pas dinegeri Kedah? Lebih islamikkah Kedah berbanding masa2 lalu di bawah UMNO?
  3. Pada pemerhatian saya, Pas gagal sama sekali menjalankan tanggunjawab sebagai kerajaan di Kedah. Mereka tidak bersedia sebagai kerajaan. Pas sepatutnya menjadi parti pendesak orang Melayu Islam, iaitu berperanan sebagaimana DAP mendesak MCA dan Gerakan dalam BN. Apa saja tindakan UMNO yang tersasar dari kepentingan Melayu Islam, maka Pas lah akan berperanan mendesak dan membetulkan UMNO.
  4. Kegagalan Pas mentadbir Kedah sangat ketara dan makin jelas, masalah sampah pun gagal diatasi, sehinggakan Alor Setar digelar bandaraya sampah. Dato MB Kedah pun malu dengan masalah sampah di sini, sehinggakan beliau meminta maaf kepada rakyat Kedah yg pulang berhari raya tempoh hari. Kalau dulu Mahfuz Omar begitu agresif terhadap kegagalan MBAS menyelesaikan kutipan sampah dalam tempoh 2 hari, sekarang MBAS dibawah Pas lebih teruk. Sampah yg dilonggok sudah seminggu pun belum tentu dikutip. Malah rumput rampai yg tumbuh di 'divider' jalan sampai ke paras lutut pun tidak dipotong. Memang mudah mengkritik, tapi bila mereka sendiri menjadi kerajaan, mereka tidak mampu.
  5. Jadi bagaimana kita boleh mengharapkan Pas dan PR memerintah negara. Masalah sekecil ini pun gagal diatasi. Inikan pula masalah ekonomi negara. Tuhan menunjukkan contoh untuk dibuat perbandingan. Lihatlah negeri Kelantan yg sudah 20 tahun dibawah pemerintahan Pas. Majukah orang Islam di sana? Sudah tiadakah rakyat yg miskin di sana? Islamik sangatkah Kelantan? Layakkah ia digelar 'Serambi Mekah'? Semakin kurangkah masalah sosial di Kelantan berbanding negeri2 lain, di bawah BN? Alasan masih awal untuk menilai pemerintahan Pas, sudah tidak boleh dijadikan alasan di sana.
  6. Pendang sepatutnya sudah menikmati pembangunan yg lebih pesat berbanding sekarang , dengan adanya susur keluar bertol di Kokbah. Projek2 perumahan sepatutnya lebih pesat di sini, kerana laluan Pendang- A.Setar dan Pendang- Sg Petani sudah di dekatkan. Pemaju2 perumahan sepatutnya sudah berebut2 membeli tanah untuk tujuan perumahan kerana berdaya maju, strategik dan masih murah. Namun warga Pendang mensia2kan keistimewaan ini, dengan memilih calon Pas mewakili mereka ke Parlimen. Apa yg boleh dibuat oleh calon ini? Dia tidak berminat dengan pembangunan dan kemajuan. Dia tidak menerima kemajuan, malah sanggup membiarkan warga Pendang dibawah kemajuan yg sepatutnya.
  7. Tuan2 boleh bayangkan bagaimana Pendang akan berkembang sekirannya pemaju2 perumahan memilihnya sebagai kawasan pembinaan projek perumahan? Berdasarkan jangkaan yg mudah, bertambahnya kawasan penempatan, maka bertambahlah kegiatan perniagaan dan kegiatan2 ekonomi yg lain, seterusnya bertambahlah pendapatan rakyat. Pendapatan bertambah bermaksud kualiti kehidupan bertambah baik. Dan paling penting masyarakat Pendang tidak perlu keluar daerah lagi untuk bekerja. Disini pun pelbagai pekerjaan boleh dibuat kerana ada orang memerlukannya.
  8. Harapan saya kepada warga Pendang, agar mereka 'Berani Berubah'. Hijrahlah demi kehidupan yg lebih baik dan kemajuan yg lebih pesat di Pendang. Kemajuan amat penting dalam kehidupan. Maju bermaksud peningkatan pendapatan, sempurna prasarananya, berpendidikan, mudah mencari makan dan paling penting makin kurang kemiskinan.
  9. Oleh itu, Pendang tidak boleh lagi ketinggalan dari segi pembangunan. Kita sudah lama ditinggalkan.
  10. UMNO sudah pun menjanjikan perubahan, oleh itu warga Pendang, kembalilah kepada UMNO . Sebenarnya, tiada parti lain yg mampu memperjuangkan hak2 kita orang Melayu Islam selain UMNO. Usahlah terpedaya dengan tohmahan pembangkang, kononnya seluruh dunia sudah menukar kepimpinan mereka. Kenapa kita perlu menukar kepimpinan negara, kalau hidup kita selama ini cukup terbela.